Wednesday, October 31, 2012

Entry luahan perasaan. hehehe

Study Hard, Not Smart
Hidup when half in working and half in study so tired sebenarnya. perlu untuk manage diri se-perfect mungkin. Dulu waktu belajar rasa susah dan membosankan, yang menyeronokkan cuma datang sekolah dan berjumpa rakan-rakan sambil bergelak ketawa tanpa mengiraukan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Now, baru rasa terhegeh-hegeh nak study semula. syukurlah masih terbuka pintu hati ini. So kini perlukan lebih banyak motivasi dan semangat untuk aku menempuhi hari-hari bergelar pelajar separuh masa PJJ.

Semua sedia maklum pelajar memerlukan banyak masa untuk study, do exercise, do assignment, do some discussion  with their are group. So nak balance semua benda di atas memerlukan banyak masa. rasa-rasa boleh ke nak combine  sekali dengan kerjaya yang dah cukup busy-nya. hahaha.. sama-sama lah pikirkan.

Yang menariknya belajar sambil bekerja barulah kita rasa apa itu kesungguhan untuk berjaya, apa itu kesungguhan untuk meningkatkan ilmu, kesungguhan untuk melakukan sesuatu yang terbaik for our self. Tidur tak lena dik kerana memikirkan assignment masih belum disiapkan, masih banyak benda yang belum study for quiz, test and exam and many more yang bermain difikiran. hahahah.. kadang benda-benda macam ni buat kita rasa nak gelak pada diri sendiri dan ada masa rasa bertambah semangat nak nak buat all this things.' pelik tapi benar' dah rasa baru tahu. =)

Bila memikirkan masa depan yang akan cerah dihadapan rasa berkobar-kobar nak study lah, nak buat revision lah, nak buat grouping lah, dan nak buat bermacam-macam lagi. Tapi bila berada di tempat kerja, kepala pening dengan kerja, kepala pening dengan tugasan kerja menyebabkan kesungguhan untuk belajar tadi makin lama, makin terhapus. Perkara ini in my mind lah. Ini yang aku rasa ketika ini. hehehe.. salah satu fact yang 'pelik tapi benar'.. So bila kita lalui semua benda ini baru kita tahu..

P/s - Ini adalah entry meluahkan rasa bila study PJJ. heheheh =)



Wednesday, September 19, 2012

Sekitar hari raya Aidilfitri 2012

Selamat sudah kita beraya sebulan. layan sikit gambar-gambar yang ada di album raya saya untuk tahun 2012. mohan ampun dan maaf kepada semua. maaf zahir dan batin.. =)

Di Pagi Raya
Di Pagi Raya
Di pagi raya kita digalakkan memohon ampun dan maaf kepada kedua ibu bapa kita. mohan dosa-dosa dan kesilapan yang kita lakukan kepada ibu bapa kita diampunkan dipagi yang mulia. minta maaf dari ibu bapa dulu. baru lah kita beraya dan meminta maaf kepada sahabat handai saudara dan taulan. (betul kot ayat nie )

Gambar Family tidak termasuk saya ( photog )
Gambar Family tidak termasuk saya ( photog )
Gambar family dan rakan-rakan rumah no.22
Gambar Family tidak termasuk saya ( photog )
Gambar Family tidak termasuk saya ( photog )
Gambar Profil peribadi. hehehehe
Hari lebaran Hari yang mulia..

Hari lebaran Hari yang mulia..

p/s - Akhir kata dari saya, marilah sama-sama kita berdoa agar kita dapat dipertemukan lagi dengan bulan ramadhan, agar kita sama-sama dapat merasai nikmat dibulan yang mulia itu. amin..

Raya tak jadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Perbincangan bermula satu hari sebelum operasi beraya sakan dijalankan. iaitu beraya kerumah rakan-rakan dan juga cikgu-cikgu yang pernah mengajar. tiba harinya operasi raya sakan tidak dapat dijalankan. tersebutlah kisah raya tak jadi.. Sekian. outing di Taman Tasik Botanik, Bukit Tinggi, Klang. Layan.. =)

Taman Botanik, Bukit Tinggi, Klang
Taman Botanik, Bukit Tinggi, Klang
Taman Botanik, Bukit Tinggi, Klang
Taman Botanik, Bukit Tinggi, Klang


p/s - Harapan dimasa akan datang, hari raya akan dapat disambut dengan penuh meriah dan barakah. =)

Saturday, July 7, 2012


Gambar Hiasan Foto by mohdhanis foto.

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi Teman  Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan terlepas daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun akan di angkat ke langit dan akan diganti dengan buku amalan yang baru. catatan pertama yang akan dicatat dibuku yang baru, akan bermula sebaik sahaja masuk waktu magrib.

Syukur aku masih sempat merasakannya.. aku pun bukan pandai sangat dalam ilmu agama. sumber yang aku dapat ini harap dapat aku share kepada semua orang agar mereka juga mengetahui apa yang aku tahu mengenai  bulan Sya'aban.  =)

Friday, February 24, 2012

Behind The Scene


Bengkel DSLR yang berlangsung di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur by Sifu Adhadi Mohd. Layan sikit gambar sekitar Bengkel tersebut berlangsung.
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Nota - Mengharapkan lebih banyak lagi bengkel dan kelas seumpama ini unutk bakat-bakat muda dan manfaat kepada ilmu fotografi tempatan. secara tak langsung memberikan satu hobi masa lapang untuk generasi muda.. =)



Monday, February 20, 2012

Putrajaya

Sekarang nie time kerja aku kerap nampak bebudak sekolah hang out ramai-ramai. Terasa pulak seronoknya zaman persekolahan. rindu pulak zaman tu.. zaman sekolah yang tak perlu fikir apa-apa. fikir enjoy jer.. keluar result amik ko.. baru tahu erti penyesalan.. So kepada sesiapa yang masih melalui zaman persekolahan.. nasihat aku jangan malas nak belajar dan mengulangkaji pelajaran. enjoy kita enjoy.. belajar kita belajar.. takut nanti menyesal di belakang hari.. Bila di alam pekerjaan baru terasa zaman sekolah lah tempat kita berkumpul member-member.. tempat kita nak berbincang tentang masa depan.. sebab nanti bila dah kerja, susah untuk memiliki masa berkumpul dan berbincang antara satu sama yang lain.

Putrajaya Foto
Apa yang ingin kau katakan setiap masa yang kita lalui ada agenda yang perlu kita rancang.. cumanya kita belum perasan dan belum matang untuk merancang segala hal. bila sedar akan hal tersebut kita telah terlambat.. bagi yang menyedari awal.. buatlah langkah yang bijak dan atur setiap masa dengan sebaiknya. manusia perlu berkawan dan ada masa perlu bersendirian untuk memuhasabah diri.. ambil peluang semasa bermuhasabah untuk mengatur hidup kita seharian.. Sedari itu, layan sikit gambar yang aku shoot time keluar ke Putrajaya.. Gambar tak banyak shoot.. coz hujan turun pada petangnya.. 

MohdHanis Foto
MohdHanis Foto
MohdHanis foto
Nota - Bila dah masuk ke alam mahasiswa dan mahasiswi tentu lagi menyeronokkan.. harap-harap anda juga dapat merasakannya.. =)

Monday, January 23, 2012

Flowers..

Entry ini merupakan entry pertama aku pada bulan dan tahun ini.. sebenarnya entry aku kali ini bukan nak bercerita tetapi lebih kepada layan gambar-gambar aku jer.. heheh.. coz tak ada idea lagi nak menulis.. harap maaf.. ^__^ so mintak korang layan lah gambar-gambar dari outing aku di Taman Herba, KL.. Hope korang suka..





Mungkin aku sebuj dengan kerja membuatkan aku hilang idea-idea yang menarik.. sungguh rajin kau bekerja pada awal tahun nie.. Almaklumlah, tengah berusaha keras nak mengumpul wang hantaran.. Kalau tak dikerah keringat nie bila lagi lah aku nak menyimpan duit.. Seperna tahun baru dan azam baru dan sementara aku masih bersemangat dengan azam baru, kena layan dulu lah kerja aku nie.. blog ku ketepikan dulu.. unutk sementara waktu sahaja.. heheh.. Sekian.. ^_^