Friday, February 24, 2012

Behind The Scene


Bengkel DSLR yang berlangsung di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur by Sifu Adhadi Mohd. Layan sikit gambar sekitar Bengkel tersebut berlangsung.
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Bengkel DSLR foto by Mohdhanis
Nota - Mengharapkan lebih banyak lagi bengkel dan kelas seumpama ini unutk bakat-bakat muda dan manfaat kepada ilmu fotografi tempatan. secara tak langsung memberikan satu hobi masa lapang untuk generasi muda.. =)



Monday, February 20, 2012

Putrajaya

Sekarang nie time kerja aku kerap nampak bebudak sekolah hang out ramai-ramai. Terasa pulak seronoknya zaman persekolahan. rindu pulak zaman tu.. zaman sekolah yang tak perlu fikir apa-apa. fikir enjoy jer.. keluar result amik ko.. baru tahu erti penyesalan.. So kepada sesiapa yang masih melalui zaman persekolahan.. nasihat aku jangan malas nak belajar dan mengulangkaji pelajaran. enjoy kita enjoy.. belajar kita belajar.. takut nanti menyesal di belakang hari.. Bila di alam pekerjaan baru terasa zaman sekolah lah tempat kita berkumpul member-member.. tempat kita nak berbincang tentang masa depan.. sebab nanti bila dah kerja, susah untuk memiliki masa berkumpul dan berbincang antara satu sama yang lain.

Putrajaya Foto
Apa yang ingin kau katakan setiap masa yang kita lalui ada agenda yang perlu kita rancang.. cumanya kita belum perasan dan belum matang untuk merancang segala hal. bila sedar akan hal tersebut kita telah terlambat.. bagi yang menyedari awal.. buatlah langkah yang bijak dan atur setiap masa dengan sebaiknya. manusia perlu berkawan dan ada masa perlu bersendirian untuk memuhasabah diri.. ambil peluang semasa bermuhasabah untuk mengatur hidup kita seharian.. Sedari itu, layan sikit gambar yang aku shoot time keluar ke Putrajaya.. Gambar tak banyak shoot.. coz hujan turun pada petangnya.. 

MohdHanis Foto
MohdHanis Foto
MohdHanis foto
Nota - Bila dah masuk ke alam mahasiswa dan mahasiswi tentu lagi menyeronokkan.. harap-harap anda juga dapat merasakannya.. =)

Monday, January 23, 2012

Flowers..

Entry ini merupakan entry pertama aku pada bulan dan tahun ini.. sebenarnya entry aku kali ini bukan nak bercerita tetapi lebih kepada layan gambar-gambar aku jer.. heheh.. coz tak ada idea lagi nak menulis.. harap maaf.. ^__^ so mintak korang layan lah gambar-gambar dari outing aku di Taman Herba, KL.. Hope korang suka..





Mungkin aku sebuj dengan kerja membuatkan aku hilang idea-idea yang menarik.. sungguh rajin kau bekerja pada awal tahun nie.. Almaklumlah, tengah berusaha keras nak mengumpul wang hantaran.. Kalau tak dikerah keringat nie bila lagi lah aku nak menyimpan duit.. Seperna tahun baru dan azam baru dan sementara aku masih bersemangat dengan azam baru, kena layan dulu lah kerja aku nie.. blog ku ketepikan dulu.. unutk sementara waktu sahaja.. heheh.. Sekian.. ^_^

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru..

Selamat Datang Tahun 2012. Aku Menantikanmu..
Hye to my reader belog.. sebelum mencecah ke tahun baru aku rasa nak buat last update for 2011 entry.. Alhamdulillah.. aku masih diberikan kesihatan yang baik.. tubuh badan yang sihat.. akal yang waras.. dan bersyukur diatas rezeki yang tidak terhingga kepada aku sepanjang tahun 2011.. rasa berkobar-kobar nak memulakan hidup dan azam yang baru di tahun 2012… harap-harap tahun hadapan menjadi tahun yang baik untuk diri aku dan keluarga..

Syukur juga aku kerana pengalaman yang diberikan kepada aku sepanjang tahun 2011.. memberikan aku pengalaman yang baik dan secara tak langsung membuat aku lebih matang dalam kehidupan.. ’’.. hari tak selalunya cerah.. langit tak selalunya biru..’’ sama lah seperti aku insan yang hidup dibumi ini.. ada kala duka, adakala gumbira.. ada kala susah dah adakala senang.. aku bersyukur dan sentiasa mengingati segala  apa yang berlaku di dalam hidup aku sepanjang  tahun 2011.. untuk dijadikan panduan dimasa akan datang.. bukan ditahun 2011 sahaja.. malahan tahun-tahun yang lepas juga ada iktibar yang aku perolehi.. membaiki diri melalui kesilapan adalah yang terbaik berbanding membaiki diri melalui pengetahuan.. sebab tu ada orang cakap pengalaman lagi baik dari pengetahuan.. tapi bagi aku kedua-duanya memerlukan antara satu sama lain.. pengalaman dan pengetahuan membuatkan kita lebih matang dimasa akan datang.. trust it..

Selamat Tinggal Tahun 2011.. Aku merinduimu
So menjelang tahun 2012 nie.. azam aku lain dari yang lain.. Bukan berazam nak mendapatkan sesuatu benda.. Bukan juga berazam nak kumpul harta.  tapi lebih kepada muhasabah diri.. Menjadi lebih matang dari tahun-tahun sebelum ini.. Tahun 2012 aku ingin mengubah diri menjadi lebih baik.. aku ingin mencabar diri dari segala espek.. mungkin dengan cara ini aku dapat menjadi yang terbaik..Dan dari itu, aku ingin menjadikan tahun-tahun yang lepas sebagai panduan dan juga pengajaran yang baik bagi diri aku..

Ramai yang berangapan ‘Hidup Itu Satu Perjuangan’.. Mungkin maksudnya sama dengan ayat ini ‘.. Bukan apa yang kita niat, Tetapi apa yang kita buat.. Bukan sekadar hasrat, Tapi lebih kepada perjuangan yang menjadikan kita kuat kelak..’ Mungkin ayat ini boleh menjadi pedoman pada aku ditahun 2012.. buat apa dikejar harta.. baiki diri, tingkatkan motivasi itu lebih penting sekali.. Kaya tapi bodoh buat apa.. Lebih baik miskin harta, kaya dengan ilmu yang bermunafaat.. ‘.. Jangan dikejarkan harta, Harta akan datang dengan sendiri jika kita Berjaya..’ wah.. banyak falsafah aku malam nie.. ^_^ heheheh.. Mungkin malam nie emosi melanda jiwa.. Maklumlah.. Usia aku sekarang dah meningkat 23 tahun.. harus focus dan matang.. setidak-tidaknya aku dah kenal apa itu hidup..Hidup bukan hanya bernafas.. tapi perlu ada kesanggupan untuk terus hidup.. huh.. matang giler lah aku nie.. T__T

Lastly.. Akhir kalam dari saya bagi mengakhiri tahun 2011.. Majulah sukan untuk Negara.. heheh  ^__^ jangan tension-tension selalu.. ingat pesan ibubapa.. jaga keluarga elok2.. saya sayang anda semua.. And the last word to said ‘.. jangan takut pada kesilapan, asalkan anda tidak mengulangi kesilapan yang serupa..’ Chill..

Nota - Tak dapat sambut new year.. kena kerja daa.. ish3.. sian Mohd Hanis.. =(

Sunday, December 25, 2011

Bercerita Mengenai Penampilan Diri.

Hah.. Macam Ni Kan Handsome
Said hye  to my reader belog/… heheh ^__^ .. Malam yang sunyi.. aku sendiri..’ just singing..  Masa aku dizaman sekolah dulu.. selalu memikir hal dewasa nanti.. ingin kelihatan segak dan bergaya.. berpakaian kemas, sentiasa bersih dan kelihatan cergas.. impikan gaya hidup yang sihat..Tubuh badan yang agak macho.. ^_^..  Sekarang masuk zaman pekerjaan..  Alhamdulliah.. kerja dah ada.. Cuma dari segi pemakaian aku kurang pandailah..

Soal pakaian kadang penting untuk kita menunjukkan imej kita di khalayak ramai.. So jangan pandang remeh about ur dress.. Aku ada seorang kawan yang memang menjaga dari segi diri, pakaian sehingga baru-baru nie mengamalkan pulak diet yang seimbang.. hmm.. aku plak jadi risau.. dah rupa kes tak dapat jodoh plak.. padahal calon dah ada.. hihihi.. Dan mengikut kajian aku, tidak dinafikan memang ada lelaki jenis begini.. penampilan memang dititik beratkan dari hujung rambut kehujung jari kaki.. ada bagusnya begitu.. atlest dari menjaga badan secara tak langsung kesihatan terjaga.. Jangan jadi macam aku.. selamba yayahh jer lah.. ikut suka nak makan apa, ikut suka nak pakai apa.. ikut dan nak bersenam ke tak.. tapi nasib baiklah aku masih sehat lagi sehingga kini.. Almaklumlah.. aku bukan kaya sangat.. so tang makan gula nie aku berjimat sikit.. nak bagi cukup sampai gaji bulan depan.. tu pasal tak kena kencing manis.. *__*