Thursday, October 27, 2011

FotoShoot Talent , Taman Orkid..

Aku ada seorang sahabat.. usia bukan penghalang untuk berkawan.. Sahabat aku nie seorang yang ceria dan selalu mengeluarkan banyak falsafah-falsafah yang menarik... Ideanya yang kreatif dan ada saja dari sudut pandangannya yang menarik membuat aku selalu berhubung untuk bertanyakan mengenai ilmu fotografi dan juga tips-tips menarik yang aku dapat belajar darinya.. Suatu hari sahabat aku WanUkayPerdana telah mempelawa aku mengikuti Fotoshoot Talent yang ingin membuat profil bagi menjayakan mereka menceburi diri dalam bidang modeling.. huyoo.. tak sangka dapat shooot model.. Dalam masa yang sama aku juga dapat belajar cara, bagaimana untuk aku mengasah ilmu fotografi aku..

So, secara tak langsung kali nie aku nak update Event Fotoshoot yang berlangsung di Taman Orkid, KL berhampiran Taman Tasik Perdana, Bukit Aman. Event ini dianjurkan oleh aizat-abdul-razak-full/new-date-portfolio-making-for-new-models-and-talents. Event berlangsung dengan sangat meriah dengan telatah photographer, talent dan MUA.. Kita layan sikit sekitar event tersebut..





















Alhamdulillah.. Event ini berlangsung dengan baik walaupun hujan turun seketika.. namun dengan semangat dari semua, event berjaya diteruskan.. Pulang kerumah jam 1835 hrs.. ^__^  Setakat ini saja.. semoga berjumpa lagi..  Chill..~

Nota - Musim panas itu menyeronokkan, Hujan itu menyegarkan, Angin itu mendamaikan, Salji itu mengembirakan..

Kenangan mengamit kembali..


Majlis Persandingan Syaifful & Safiah
Dulu masa kecik-kecik tengok bebudak perempuan main masak-masak, main emak-emak, main bapak-bapak. heheheh.. ceria jer bila diimbau kembali kenangan tersebut. Mana taknya.. aku pun terlibat sekali dengan mereka secara disedari dan secara tidak langsung.. Sekarang bila pikir ada rasa segan gak lah.. urmm.. Zaman budak-budak yang menjadi kenangan manis dan masam...

Naik zaman sekolah rendah.. aku dah mula berakal.. tak main lah masak-masak, mak-mak, bapak-bapak.. aku main bola dengan geng-geng sekolah.. memancing dan bergusti. heheheh.. biasalah.. zaman kanak-kanak lah zaman yang paling lasak.. Naik pula sekolah menengah aku dah mula berotak.. mencari identiti sebenar menjadi seorang manusia, dengan harapan tidak terpesong dari akidah yang telah di didik oleh ibu dan bapa aku sedari kecil.. Zaman sekolah menengah, selain aktif dalam sukan aku juga mempunyai hobi tersendiri iaitu mengambil gambar.. tapi hobi itu tak pernah kesampai akibat tidak memiliki camera secara peribadi.. so sad T__T sehingga lah tamat sekolah menengah atas.. hajat untuk memiliki camera sendiri tidak berhasil..

Majlis Persandingan Syaifful & Safiah

Alam pekerjaan memang menyeronokan, bebas memilih dan membuat keputusan tentang diri sendiri.. sudah mempunyai wawasan yang ingin dicapai dan sekali gus dapat belajar berdikari dan erti hidup sebenar.. Kadang kala menginsafi diri.. bagaimana ingin mendapatkan sesuap nasi hasil tenaga kita sediri.. Rasa hidup lebih bermakna jika segala perkara atau sesuatu benda hasil daripada diri sendiri.. bukan meminta atau diberi dengan kita hanya menghulur tangan untuk menerimanya..

Zaman pekerjaan penuh dengan pengalaman dan bagaimana ingin merancang hidup menjadi lebih sempurna kelak.. hampir dua tahun bekerja akhirnya dapat juga aku membeli sebuah camera DSLR secara peribadi.. akhirnya satu impian aku telah menjadi kenyataan.. Sekadar hobi yang di idam-idamkan, kini berbekalkan camera ia menjadi rutin hiburan masa lapang aku dihujung minggu.. selalu keluar bersama rakan-rakan bagi menuntut segala ilmu di bidang jurugambar.. sehingga ke hari ini, alhamdullillah.. banyak ilmu telah aku pelajari dan secara tidak langsung menjadi ilmu yang berguna dan bermunafaat ketika masa tertentu.. sebenarnya hobi aku ini boleh mendatangkan duit poket atau duit tepi kepada aku.. cuma kemahiran aku tidak sebagus kemahiran manusia yang bergiat secara aktif.. Tapi aku bersyukur dengan kemahiran yang aku ada kini dan diharapkan dapat belajar menjadi sehebat dan setanding kemahiran manusia yang bergiat aktif dalam bidang jurufoto.. Majlis persandingan Syaifful dan Safiah di Kediaman Taman Sentosa, Jalan Kelang Lama pada hujung minggu lepas akan aku update dalam beberapa minggu lagi.. Harap Enjoy..


Nota - Bila lah aku dapat mendirikan rumahtangga yang bahagia.. ^__^