Saturday, February 19, 2011

Pengalaman Lalu Buat Aku Lebih Bermatlamat..

rakan-rakan di tingkatan 6

Melihat gambar ini aku terkenangkan zaman persekolahan yang kurasakan pada ketika ini cukup singkat..  cepat sahaja masa berlalu, walhal pada zaman itu aku inginkan zaman persekolahan ku berlalu dengan pantas.. mula lah malam-malam macam nie baru aku nak rasa rindu masa zaman sekolah dulu..  rinduu nyer.. naper ek rasa cam nie.?? urmm.. zaman sekolah aku memang cukup seronok.. ada teman-teman, guru-guru.. sekarang teman-teman ku semua hampir habis menamatkan sesi pembelajaran di universiti-universiti tempatan.. wah2.. hebat-hebat kawan aku semua.. Kadang ada perasaan sedih tak join ngan dieorang.. kadang satu sudut yang lain rasa menyesal tak belajar bersungguh-sungguh.. tapi perkara dah berlalu. apa yang penting think about my future. 

Sunday, February 6, 2011

Watermark 4 my picture..

Oleh kerana gempar dan gempurnya yang mengaitkan dengan penciplakkan hak cipta terpelihara orang-orang yang kretif..Oleh yang demikian juga, sahabat aku telah memberikan idea agar aku membuat satu watermark di setiap gambar aku..mungkin aku letak banyak gambar kat blog kot.. that's why die suh aku buat watermark. Sebenarnya ia penting bagi orang-orang yang ingin hasil kerjanya terpelihara.. macam aku, aku tak berapa kesa sangat, coz aku take pict pun just for fun, i'am happy shoot pict banyak-banyak dan tak kesa lah if ada orang yang ingin mengcopy gambar yang aku tangkap..

Wednesday, February 2, 2011

Bulan yang baik, Hari yang baik, Pagi yang baik.. aku pun rasa diri aku baik, sehat wal afiat.. macam biaselah.. if semua dah baik maknanya hari tu aku bercutilah.. if keja, mana datangnya yang baik2.. kerja, paham2 ajerlah... 2 yang ader masa cikit aku nak menulis blog nie.. nak diceritakan pengalaman agak malang aku apabila tidak berkesempatan merakam gambar nie Pantai Kemasik Terengganu.. rugi pun ader.. tapi apa nak buat.. suratan takdir.. ader ketentuan di sebalik semuanya itu..

Minggu lepas aku berpeluang menjejakkan kaki aku di bumi terengganu.. bertolak seawal pagi dari Kuala Lumpur dan aku tiba di Terengganu pada lewat tengahari. kira2 jam 1.15pm.. itu campur aku berehat kat RR, campur aku pegi isi minyak, buang air.. dan macam2 lagi lah..

So nak diceritakan aku pergi ke Terengganu atas urusan kerja dan menginap di sebuah hotel di pekan kemaman.. Pekannya cantik, tapi tak sempat aku shoot time tu.. perlu selesaikan kerja-kerja aku dahulu.. itu tujuan utama.. Selama 4 hari aku di sana akhirnya aku selesai menyiapkan kerja yang telah diamanahkan.. tibalah masa untuk aku menghiburkan hati dengan berjalan2 di Terengganu.. apa yang ader di Terengganu aku tak pasti..

Member setugas dengan aku kata, ada Pantai if kita menghala ke Kuala Terengganu. aku pun ikot jer lah, alang-alang boleh lah kiranya aku merakamkan gambar aku di Pantai itu.. Perjalanan ok, lancar dan baik-baik  sahaja walaupun cuaca ketika itu tidak berapa baik.. hujan memanjang sepanjang jalan.. tapi wa kool beb.. Sempat aku merakamkan gambar sepanjang perjalanan aku ke Pantai Kemasik..
Ftomohdhanismokhlas

Fotomohdhanismokhlas

Fotomohdhanismokhlas

Sesampai jer aku kat sana..  huajn pun mulai turun dengan lebatnya.. Hampa hati aku untuk aku melihat keindahan di Pantai Kemasik. Baru saja aku mula nak shoot the beach picture.. nak wat cam ner.. rezeki tak der.. tapi semua kena sedia maklum, tame tu memang hujan jer..

Renung Sejenak Untuk Masa Depan

Ramai yang mengiakan masa itu emas.. masa itu amat berharga.. masa itu tak kan menunggu kita.. tapi berapa ramai yang sedar dan memulakan langkah mengubah diri menjadi yang lebih baik.. ramai tak??? pikir lah kawan.!! wah cakap pun tak guna.. wah pun sama wa-x-5.. kah3...
Permulaan dalam mengubah hidup biasanya orang akan lakukan ketika tahun baru menjelma.. betul atau tidak..?? mesti betul punyer wa teka.. tak men2 mah.!! So ambil peluang tanamkan azam agar perubahan naseb kita pada tahun baru ini.. mungkin tak banyak, sikit pun jadilah.. wat pengeras kepada perubahan yang lebih besar..

Jadi disini.. isi matlamat dan teori dalam mencapai matlamat perlu dikaji semula agar masa depan kita dapat dicapai dengan menggunakan teori yang lebih efisyen dari sebelum nie.. pendek kata.. kertas kerja baik.. hasil pun memuaskan lah.. tak gitu der.!! asal ader kemahuan di situ ader jalan yang cantik untuk berada2 di luar sana merubah diri menjadi yang lebih baik. kalau pun rasa malas nak buat kertas ker.. pakai jer lah pemikiran yang telah meningkat satu tahun lebih tua.. mana lah tau, ekau punyer otak tahun baru nie ada gud2 cikit..

Menurut pakar, berpendapat akal yang tidak kuat akan mempengaruhi seberapa lama kita akan bertahan bagi mencapai matlamat ini, akal yang tidak kuat akan mudah rasa fedap dan akan rasa malas untuk beraksi bagi mencapai perubahan ataupun matlamat yang telah di setkan.. disini kita memerlukan kekuatan mentel dan emosilah.. pendek kata, jangan angan2 tahi ayamlah... mau ader kesungguhan dalam setiap kerja yang kita lakukan.. baru ader hasil.. hidup mau berani buat perubahan demi masa depan kita sendiri.. asik nak duk relax2 jer... sampai tua lah ko duk kat takuk tu.. silap2 boleeh buat korang biol..
Agar serious aku punyer penulisan dalam blog nie.. macam dah berubah lah pulak.. ^_^

Ader satu ayat yang aku ingin kongsikan bersama..
                .."kalau bukan sekarang bila lagi..
                   kalau bukan kita yang nak ubah, sapa yang akan ubah..
                   kalau tak ubah aper nak jadi..??? haah... tanya diri, tanya hati,
                   tanya isteri, tanya unty,
                   tanya teman  berteman.. ingat pesan ini.."

UNTUK RENUNGAN BERSAMA...