Saturday, July 7, 2012


Gambar Hiasan Foto by mohdhanis foto.

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi Teman  Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan terlepas daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun akan di angkat ke langit dan akan diganti dengan buku amalan yang baru. catatan pertama yang akan dicatat dibuku yang baru, akan bermula sebaik sahaja masuk waktu magrib.

Syukur aku masih sempat merasakannya.. aku pun bukan pandai sangat dalam ilmu agama. sumber yang aku dapat ini harap dapat aku share kepada semua orang agar mereka juga mengetahui apa yang aku tahu mengenai  bulan Sya'aban.  =)