Wednesday, September 21, 2011

Minat sebagai hobi..

Gucci Liana as a Talent
        Pembelajaran secara berterusan memang memuaskan.. Mengkaji dan terus mencari identiti diri sangat lah penting sebagai seorang yang bergelar Amature Photographer / baru berjinak-jinak dalam photographer.. Tapi aku bukanlah seorang photographer. Tak layak lagi gelaran tersebut diberikan kepada ku. Aku merakam gambar berdasarkan minat aku sedari kecil. Bila sudah dewasa dan bekerja barulah aku dapat menterjemahkan minat aku dalam kehidupan aku seharian.. senang kata, dulu tak dapat beli kamera mahal.. sekarang dah bekerja ada duit dapatlah aku menyempurnakan niat aku untuk membeli kamera.. Syukur.. satu impian dah tercapai iaitu memiliki kamera DSLR sendiri.. =)

Mohdhanis foto
Sedari aku membeli kamera, aku banyak belajar dan mempelajari ilmu photographer. Aku banyak berjumpa dengan rakan-rakan sosial DSLR dan juga mengikuti setiap event yang mereka anjurkan sekiranya aku lapang dengan kerja.. Setelah aku mempelajari tentang kegunaan kamera aku semakin ghairah dan perasaan ingin tahu itu wujud dalam diri aku.. \Banyak juga ilmu aku belajar.. mungkin suatu hari nanti ilmu yang sedikit ini aku pelajari boleh di kongsi dengan rakan-rakan yang meminati bidang photographer. sapa tahu.. =)
Bukan untuk menjadi photographer terkenal.. ramai orang menganggap bila seseorang itu mempelajari ilmu photographer, mereka seolah-olah ingin menjadikan kerjaya dalam hidup mereka.

Sunday, September 18, 2011

Dipagi Raya Aidilfitri..

Kuih Raya dipagi Syawal 2011
Tiba jua Hari Raya Aidilfitri.. Alhamdulillah, dapat merasa beraya tahun ini.. Sedar tak sedar sebulan kita berpuasa. Syawal datang dengan penuh kemeriahan. Syukur di atas kehadirannya.. Teringat masa kecil-kecil dulu.bukan men gumbira lagi.. baru seminggu berpuasa dah ter over dreaming ingat nak raya.. tapi bila dah semakin dewasa,berfikiran matang.. raya disambut secara bersederhana.. cukup untuk bertemu keluarga dan kenalan lama.. So layan lah picture Di pagi Syawal nie.. (^_^)
Make Over dipagi Syawal
Budak Riang dipagi Syawal
 
FotoShoot Adik beradik Syawal






Setelah aku selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri.. Sampai dirumah acara memohon ampun dan maaf dari keluarga sepanjang tenpoh setahun.. heheheh.