Wednesday, September 21, 2011

Minat sebagai hobi..

Gucci Liana as a Talent
        Pembelajaran secara berterusan memang memuaskan.. Mengkaji dan terus mencari identiti diri sangat lah penting sebagai seorang yang bergelar Amature Photographer / baru berjinak-jinak dalam photographer.. Tapi aku bukanlah seorang photographer. Tak layak lagi gelaran tersebut diberikan kepada ku. Aku merakam gambar berdasarkan minat aku sedari kecil. Bila sudah dewasa dan bekerja barulah aku dapat menterjemahkan minat aku dalam kehidupan aku seharian.. senang kata, dulu tak dapat beli kamera mahal.. sekarang dah bekerja ada duit dapatlah aku menyempurnakan niat aku untuk membeli kamera.. Syukur.. satu impian dah tercapai iaitu memiliki kamera DSLR sendiri.. =)

Mohdhanis foto
Sedari aku membeli kamera, aku banyak belajar dan mempelajari ilmu photographer. Aku banyak berjumpa dengan rakan-rakan sosial DSLR dan juga mengikuti setiap event yang mereka anjurkan sekiranya aku lapang dengan kerja.. Setelah aku mempelajari tentang kegunaan kamera aku semakin ghairah dan perasaan ingin tahu itu wujud dalam diri aku.. \Banyak juga ilmu aku belajar.. mungkin suatu hari nanti ilmu yang sedikit ini aku pelajari boleh di kongsi dengan rakan-rakan yang meminati bidang photographer. sapa tahu.. =)
Bukan untuk menjadi photographer terkenal.. ramai orang menganggap bila seseorang itu mempelajari ilmu photographer, mereka seolah-olah ingin menjadikan kerjaya dalam hidup mereka.
seperti aku, minat mempelajari bidang tersebut bermula sedari kecil, namun kini aku sudah mempunyai kerjaya sendiri.. 
aku mempelajari ilmu photographer hanya sebagai minat dan hobi dikala masa lapang. ingin merakam detik dan saat yang indah dalam hidup aku, ingin merakam suasanan dan persekitaran yang indah yang pernah aku lihat dalam hidup aku. itu sahaja. dan ilmu ini insyaallah tak akan habis aku pelajari.. Semakin banyak yang kita belajar , semakin banyak lagi ilmu yang perlu kita kaji dan kita tahu..
Mohdhanis foto
Nad Ismail as a Talent

2 comments:

fatinsyafiqah.blogspot.com said...

Betul apa yg awak katakn. Saya bersetuju dgn pndgan penulisan awak.

hanz_sideme@blogsport.com said...

terima kasih.. samalah.. saya juga bersetuju dengan penulisan blog awak..