Thursday, February 28, 2013

X-pedisi Gunung Nuang

- Memories Gunung Nuang Peak -

-22 FEB 2013 ( JUMAAT )

Seawal   jam 9.00 pagi kami berkumpul  dan memulakan perjalanan tepat 11.00 pagi.  Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam akhirnya kami sampai di Kaki Gunung Nuang, Hulu Langat. Selesai meletak kenderaan kami membuat persiapan untuk memulakan pendakian. Perancangan kami pada petang ini hanya climb sehingga di kawasan perkhemahan Kem Lolo. Sebelum memulakan pendakian pada awal pagi esok ke puncak Gunung Nuang.






Hehehe.. aku pun tak tau napa aku ketawa ketika ini. Yang pasti semasa aku nak menulis nie aku teringat plak suasana mendaki time tu..  kadang-kadang sekali sekala dapat buat aktiviti climb and camping nie syok gak. Asik ke Bandar and shopping complex je. Try lah hirup udara segar alam semulajadi pula… =)

Sampai di Kem Lolo, serabut bebudak nak cari port pasang khemah, kami gak steady.. beralaskan canvers dan berbumbungkan juga canvers, pintu xda ( open air ) akhirnya siap, mandi dan bersantai di tepi sungai sehingga hari gelap.. habis satu bab (^_^)  malam bab lain plak.

Malam xda apa-apa aktiviti dari kami. Cuma lepak, memancing, bergurau senda, dan menyanyi untuk menghiburkan hati di dalam kegelapan hutan dara.. ungun api betul-betul kami hidupkan di tepi tempat kami tido. Tujuan utama – menghangatkan badan kami yang tersedia sejuk ( maklumlah..  kan open air ) baru laaaa adventure.. hehehehe…

Pose Jab Beraderrr...




Abam Yellow Nie X-cited Plak.. Good!!2x




X rock lah Pakai Khemah.!! X adventure laaa
Boleh LAa.. Buat Lauk Malam Nie..

-23 FEB 2013 ( SABTU )

Seawal jam 06.30 pagi kawasan perkhemahan kami bersihkan. ( menjaga alam flora dan fauna ) breakfast pagi secara ala kadar tapi still mengenyangkan. Alhamdulillah, syukur…  Ah!! Apa nak tulis nie.. Kami pun mendaki laaa..!!! layanlaa sikit gambar yang sempat aku rakam nie..

Cabaran / Keseronokan Mendaki
Cabaran / Keseronokan Mendaki 
Cabaran / Keseronokan Mendaki
Cabaran / Keseronokan Mendaki
Cabaran / Keseronokan Mendaki
Puncak Kem Pacat
Letih nampaknya Hafiz dan Saiful
Cabaran / Keseronokan Mendaki

Cabaran / Keseronokan Mendaki

Puncak Pengasih
Puncak Pengasih

Puncak Pengasih
Gunung Nuang Peak ( 1493m / 4898ft ) 
Puncak Gunung Nuang

Puncak Gunung Nuang
Nak sembang sikit, ada beberapa check point yang boleh kita berehat before kita  sambung climb untuk sampai ke Puncak Gunung. Seperti di Kem Pacat dan Kem Pengasih. Boleh lah berehat. Tapi kawasan kem tu jauh dari bekalan air. So korang kena bawak air dari sungai Kem Lolo je laa. Because Kem Lolo je berhampiran dengan sungai.

Pada 12.45 tengahari akhirnya kami Berjaya sampai di Puncak Gunung Nuang ( 1493 meter / 4898 ft ). Huh.. lega terasa.. ada yang melompat, ada yang mengilaii, ada yang tersenyum saja.. ( aku laa tu ) tapi tak der lagi yang nak terjun dari puncak tu.. - sekian – heheheh.. layan sikit gambar bila dah sampai puncak nie..
Last sekali kami turun dari Puncak Gunung pada 01.30 petang. Kami berhenti di Kem Lolo semula menambah bekalan air dan kemudian terus turun sehingga di kaki Gunung. Syukur. Kami sampai pada 06.25 petang. Berehat sebentar bersama pasukan ranger yang bertugas dan pulang dengan selamat. tamat- ekpedisi mendaki Gunung Nuang.  (^_^) bangga siot..  chill…

Nota Kaki - Kinabalu Trip Soon -

No comments: