Saturday, February 19, 2011

Pengalaman Lalu Buat Aku Lebih Bermatlamat..

rakan-rakan di tingkatan 6

Melihat gambar ini aku terkenangkan zaman persekolahan yang kurasakan pada ketika ini cukup singkat..  cepat sahaja masa berlalu, walhal pada zaman itu aku inginkan zaman persekolahan ku berlalu dengan pantas.. mula lah malam-malam macam nie baru aku nak rasa rindu masa zaman sekolah dulu..  rinduu nyer.. naper ek rasa cam nie.?? urmm.. zaman sekolah aku memang cukup seronok.. ada teman-teman, guru-guru.. sekarang teman-teman ku semua hampir habis menamatkan sesi pembelajaran di universiti-universiti tempatan.. wah2.. hebat-hebat kawan aku semua.. Kadang ada perasaan sedih tak join ngan dieorang.. kadang satu sudut yang lain rasa menyesal tak belajar bersungguh-sungguh.. tapi perkara dah berlalu. apa yang penting think about my future. 


Adakala kuterasa kehilangan mereka, adakala aku rasa tak sezaman dengan mereka, adakala aku rasa nak kembali ke zaman itu semula, tapi apa boleh buat..setiap orang mempunyai hala tuju yang berbeza walaupun kadang kala matlamat kita sama. kita mempunyai pandangan dan pemikiran yang berbeza.. itu lah manusia, punya akal dan fikiran bagi menentukan perjalanan hidup masing2. apa yang penting janganlah kita berputus asas, walaupun kita sedar ketentutan itu pada yang maha Esa.

Saat ini aku terasa semua hilang dari pandangan mata aku.. kosong, mereka semua ada tugas dan tanggungjawab masing-masing, termasuk hidup dan diri aku sekarang, aku bersyukur kerana bagi aku, aku juga telah berjaya seperti mereka dan mungkin berjaya itu dari sudut yang berbeza.. tapi setidak-tidaknya aku juga gembira dengan hidup aku. aku tak mencuri,aku tak merompak, aku tak jual dadah, aku tak buat benda yang buruk.. aku bekerja dan hidup dengan baik pada ketika ini.. ini juga buat aku rasa puas dan gembira dengan hidup aku.. Sekurang-kurangnya aku hidup dengan tidak menyusahkan orang lain dan dilandasan yang betul.
sekolah cantik untuk dilawati SMK SKI,Kapar
Ini lah tempat di mana aku telah menimba banyak ilmu walaupun pada masa dan waktu yang sesingkat itu.. 1 tahun setengah banyak mengajar aku. sekolah yang tersergam indah inilah tempat aku belajar erti kasih dan sayang,erti azam dan pendirian hidup.. terima kasih kepada semua dan cikgu-cikgu yang banyak mengajar dan membantu aku. sebut pasal ilmu,aku dulu malas belajar,tak dengar cakap cikgu, duk merayau kesini dan kesana, kacau murid-murid lain, tapi aku suka buat baik dengan guru-guru sekolah dan juga teman-teman seperjuangan ku. Itu mungkin kelebihan pada diriku. bukan memuji diri sendiri, benda betul, kena jujurlah. heheheh. aku nie bukan ketegori murid jahat,nakal cikit-cikit tu biasalah.. budak, paham-pahamlah, nak cakap apa lagi.. heheheh.. (^_^) hidup if tak ceria bukan aku.. itu moto hidup semasa di tingkatan 6 atas dan bawah.. itu pasal aku malas belajar.. lagi satu fakta yang memburukan diriku aku luahkan secara jujur.. maafkanlah kesilapan aku semasa muda-muda dulu yer..
Kenangan di tingkatan 6
Banyak aktiviti yang aku sertai sepanjang tempoh aku belajar di tingkatan 6.. dan banyak juga kenangan manis aku. Aku banyak bergaul dan mesra alam sepanjang aku berada di tingkatan 6. tak sama langsung time aku di tingkatan 1-5 yang hanya diam dan tidak berbahasa.. kurang bergaul dan bersembang, rasa malas yang keterlaluan.. hahaha.. perangai bebudak betul lah aku nie. bila nak berubah?? insyallah perlahan-lahan.. aku akan cuba untuk mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang aku ada bagi memperbaiki diri dan dalam proses untuk aku menjadi insan yang luar biasa kelak.. sebenarnya bukan luar biasa, biasa-biasa jer, oleh sebab inginkan semangat yang membantu,terkeluarlah perkataan insan luar biasa itu.. ku rasa dan ku kira agak menarik ayat itu.. insyallah, ilmu yang ada, tidak akan ku sia-siakan pada masa dan ketika ini.. insan luar biasa menjadi matlamat hidup ku kini.

"..aku tidak meminta dikurniakan akal yang hebat,
   aku tidak meminta dikurniakan diri yang hebat,
   aku tidak meminta dikurniakan sifat yang terbaik,
   aku hanya meminta diri yang bermatlamat dan mampu 
   ku ubah menjadi yang terhebat untuk diriku.."

No comments: