Tuesday, May 10, 2011

Bunga untuk IBU..

Bunga Untuk Ibu
Bunga untuk hari ibu...
Sedar dan tak sedar aku kini telah mencecah hampir 23 tahun.. sungguh banyak cabaran dan dugaan telah aku lalui untuk aku capai ke tahan ini.. mnda mengimbau kenangan lalu.. dulu aku susah, dulu aku payah.. dulu aku sakit.. kini aku mampu.. kini aku boleh.. kini aku kecapai segala dariNya.. jasa ibu ku bawa ke syurga.. Tenang melihat segala perubahan yang terjadi pada ketika ini.. rasa bersyukur yang amat sangat.. tak sangka aku dapat hidup sehingga sekarang.. alhamdulillah.. aku tak jadi penyangak,aku tak jadi perompak
, aku tak jadi pengkhianat bangsa dan negara.. alhamdulillah aku tak jadi penagih dadah.. syukur dan minta dijauhkan dari semua itu.. perjalanan hu=idup ku masih panjang.. perlu lebih berwaspada dan berhati-hati dengan dungaan dan cabaran hidup di dunia..

mohdhanis foto..
Dulu semasa kecil ibu banyak membantu dalam segala hal.. kini dah tiba masanya aku membalas balik jasa ibuku.. bukan wang ringgit yang aku harapkan untuk membalas jasa ibu.. tapi harap ada kelapangan waktu, masa dan sentiasa dapat aku memenuhi permintaannya.. aku tak kaya dari segi wang ringgit, tapi harap aku kaya dalam budi bicara dan sopan santun yang aku tunjukkan pada ibuku sehingga kini..

SITI MANISSEH BINTI BASIR

Perlakuan ku dulu hingga kini yang menyakiti hati ibuku ku kesali.. aku berharap tidak akan mengulanginya lagi.. Dalam banyak-banyak benda di dunia.. ibu ku amat bernilai bagiku.. susah ku, senang ku.. itulah aku untuk ibu ku..Renungan bahagia iringan doa dan restu harap dapat aku mencapai cita-cita.. harap jasa ibu aku tak lupa sampai syurga..Tiada pantun mahupun syair lagikan sajak untuk aku persembahkan.. Hanya doa dan harapan agar ibu ku gembira dan sihat sentiasa.. Kasih ibu dan jasa ibu sampai syurga.. love you mum..

No comments: