Sunday, June 5, 2011

Sehari Di Putrajaya..



Cerita.. Sebenarnya bukan sehari.. cuma beberapa jam sahaja sempat menikmati pemandangan di Putrajaya.. Bertolak matahari di atas kepala sehingga matahari menjauhi kepala.. Kebetulan pada hari tersebut merupakan Hari Sejuta Belia. Dengan harapan pergi dapat menyaksikan apa yang terdapat di hari tersebut.. Lama tak berkunjung ke Putrajaya.. Sekali sekala luangkan masa bersama seseorang menikmati pemandangan serta kehijauan taman yang terdapat di Putrajaya amatlah menenangkan diri ini..


Permulaan yang baik bagi hari yang baik.. semasa bertolak dari Kuala Lumpur ke Putrajaya hujan lebat sepanjang jalan. Namun itu tidak menjadi suatu alasan untuk kami sampai ke sana. Hujan membasahi jalan-jalan untuk sampai ke distinasi, Namun setibanya kami disana kelihatan terang benderang dan mukin juga hujan terlibih dahulu disini hinggakan kami sam[ai ianya telah berhenti dan keadaan disana meriah dengan pelbagai aktiviti serta pengunjung yang ramai memeriahkan setiap aktiviti yang berlaku di sekeliling kami..

Berjalan-jalan sambil melihat segala aktiviti yang dijalankan sepanjang Hari Belia tersebut.. Meriah dengan muda mudi yang berbagai ragam.. alhamdulillah tiada perkara yang membantutkan perjalanan aktiviti ini.. setelah selesai berjalan-jalan dan melihat aktiviti-aktiviti yang diadakan di tapak Hari Belia tersebut. kami berjalan-jalan di sekitar Putrajaya.. Jalan yang tenang dan tidak sebuk memberikan lagi kedamaian hati dan fikiran untuk terus berjalan-jalan dan bersiar-siar di Putrajaya..

Terasa di daerah tersebut merupakan bandar atau satu kelompok tempat yang terancang dengan pembangunan, perumahan, jalan yang luas dan keadaan yang tenang tidak seperti di ibu kota Kuala Lumpur.. Seronok rasanya sekali sekala berkunjung disini.. setelah selesai berehat, beristeri rehat ^__^ dan menenangkan fikiran sambil bersembang dan berbual-bual.. hari dah semakin melaburkan tirai petangnya. Balik dengan keadaan yang happy bercampur puas di hati kerana dapat menghabiskan masa berehat dan beristeri rehat... ^__^.. hahaha...

No comments: