Thursday, November 3, 2011

Kejayaan perlukan usaha..

Make Over Majlis Persandingan Haslinda & Haniff
Aku terbaca satu buku bertajuk Berani Gagal yang dikarang oleh pakar motivasi Billi Lim. Buku ini mengisahkah rentetan hidup beliau yang sentiasa gagal dan selalu belajar dari kegagalan untuk mendapatkan hidup beliau pada hari ini. kisah yang menarik, nasihat yang berguna dan sentiasa mempersembahkan erti kegagalan yang baik dalam diri setiap pembaca.. disebabkan beliau sentiasa ada usaha dan tidak jemu-jemu menyerah pada kegagalan.. Kini hidup beliau lebih bermakna.. " Pencapaian terunggul dalam hidup ialah mampu bangkit kembali daripada kekecewaan akibat kegagalan.."

Membaca buku ini memberi inspirasi yang baru kepada aku " Janganlah takut bahawa hidupmu akan berakhir, tetapi takutilah bahawa ia tidak akan bermula.." walaupun kita masih kanak-kanak, walaupun kita masih remaja, walaupun kita belum berumahtangga.. apa salahnya merancang kehidupan dari sekarang.. kalau bukan hari ini bila lagi..? kalau bukan diri sendiri yang mengubahnya siapa lagi..? So.. yang diluar sana tak perlu tunggu nak kawin baru nak simpan duit, tak perlu nak tuggu dah kawin baru nak belajar erti menjadi pemimpin.. dan tak payah tunggu dah tua, hidup tak senang nanti baru nak berubah dan merancang masa depan.. apa salahnya merancang dari sekarang.. Kan ker bagus.. masih kuat dan muda untuk menjana tenaga. hehehe.. macam profesor pulak aku nie.. T__T

Sekitar Majlis Persandingan Haslinda & Haniff
Dalam hidup pasti ada susah, pasti ada senang.. pasti ada hujan, pasti ada panas.. kesusahan mengajar erti kebahagian yang sebenar.. Semakin sukar perjalanan hidup kita.. Semakin manis di penghujung kehidupan.. "..Satu-satunya orang yang tidak membuat kesilapan adalah orang yang tidak berbuat apa-apa. Janganlah takut kepada kesilapan asalkan anda tidak mengulangi kesilapan yang sama.." Ada satu pepatah yang aku pernah dengar.. " Dibelakang seorang lelaki yang berjaya, berdirinya seorang wanita.." betul atau tidak aku pun tak pasti.. yang aku percaya setiap kejayaan seseorang dibelakangnya tersemat seribu kenangan pahit, seribu kenangan yang sukar dan memayahkan sebelum seseorang itu berjaya.. dan rasa-rasa aku setiap lelaki yang berjaya ada wanita disisinya sebagai peneman.. mungkin itu betul lah.. mungkinlah.. T__T

Setiap manusia pasti merasai waktu sukar dan senang.. Ada masa yang membosankan dan ada masa yang menyeronokkan.. Semua benda tu lumrah kehidupan.. Jika kita ingin berjaya di masa akan datang perlulah kita berusaha sedari sekarang untuk mencapai apa yang kita impikan dimasa akan datang.. setiap apa yang kita lakukan ada ganjarannya.. jika kita berbuat salah dosa kita dapat, jika kita berbuat baik pahala yang dijanjikan.. samalah dalam hidup ini.. jika kita malas, dan kurang berusaha manakan mungkin kita boleh lulus peperiksaan dengan cemerlang, mana mungkin hidup kita berubah menjadi seorang yang kaya-raya.. Berbanding dengan seorang yang kuat berusaha dan rajin belajar, pasti keputusan peperiksaannya lulus dengan cemerlang, pasti die akan menjadi kaya-raya pada masa akan datang.. Sama-samalah kita pikirkan..
( ..Gambar hiasan diatas merupakan gambar persandingan Haniff dan Haslinda yang dilangsungkan di rumah pengantin perempuan, di Pekan Kapar, Klang..) Di doakan mereka berkekalan dan dapat menjalankan hidup sebagai suami isteri yang bahagia.. aminn..

Nota - Selagi anda belum mencuba, anda tidak akan tahu apa yang tidak boleh anda lakukan.. " Cardinal Newman "

No comments: