Friday, November 25, 2011

Engagement Abu & Haswani 7hb November 2011


Salah satu keinginan aku dalam hobi aku adalah berpeluang shoot gambar wedding,engagement and event.. Akhirnya dapat juga aku merasa shoot gambar engagement. sebenarnya aku belum pernah lagi shoot gambar engagement, so aku tak berapa tau lah part-part yang wajib aku shoot dengan part-part yang sunat untuk dishoot.. Oleh kerana majlis engagement ini merupakan majlis akak aku yang ke-dua Nurhaswani aku diberi peluang untuk menjadi OP photographer majlis tersebut.. syukur... =). Malam sebelum  majlis berlangsung terpaksalah membelik-belik gambar dari blog acai jawa untuk mendapatkan sedikit ilham.. sebenarnya blog acai jawa menjadi favorite blog aku.. aku suka melihat gambar-gambar yang dihasilkan olehnya.. simple and nice.. 

Suasana semasa majlis berjalan dengan lancar.. Ibu dan bapaku dengan relax mengatur segala perjalanan majlis tanpa rasa gugup.. Al maklumlah.. majlis ke-2 anaknya, pengalaman lepas memberi pengajaran yang baik bagi menjayakan majlis kali ke-2.. suasana tak huru-hara, tak kelam kabut.. semua di bawah mengawasan yang baik. Saudara mara aku datang agak ramai kali ini berbanding majlis pertunangan akak aku yang pertama.. diserikan lagi dengan kehadiran keluarga bakal abang ipar aku.. memang ramailah.. khemah pasang dua buah pun tak cukup hahh.. mintak 3 lagi khemah kat aku.. aku cakap bukan kawen bang.. tunang jer.. yang abg datang ramai2 nie hah sapa suruh.. hehehe.. jangan marah yer bang.. adik bergurau jer.. Layan dulu gambar sekitar majlis berlangsung.. gambar tak dapat shoot banyak.. ada ke photographer disuruh g beli ais batu kat kedai.. ehmm ehmm ehmm.. T_T

Alhamdulillah.. Majlis selesai dengan baik. cuaca cerah sepanjang majlis dijalankan.. Insyallah, mereka akan disatukan tahun hadapan.. Diharapkan mereka dapat mengekalkan hubungan yang sedia terjalin dan di doakan semoga semuanya berjalan seperti yang mereka rancangkan.. akhir sekali semua tetamu bersurai.. =) tiba masa mengemas dan mencuci pingan mangkuk.. T_T so,,,~ letih..

Nota - Seseorang yang melakukan sesuatu dengan pengetahuan yang dimiliki adalah baik. Manakala seseorang yang belajar dari pengalaman yang lepas merupakan sesuatu yang cukup baik.

2 comments:

Anonymous said...

suka tgk hasil acaii jawa jgk ;)

lepas ni dh boleh jdi expert mcm acaii lah kan.. time tu, takyah panggil acai, pgil hanis ja. FOC okay. haha

btw, selamat bertunang untuk mereka.

hanz_sideme@blogsport.com said...

eh suka tgk gak ker.. samalah kita..
nani dah jadi model.. boleh lah shoot gambar nani pas nie.. nak buat profill picture lah.. hahah..

belum ke tahap tu lagi.. selamat juga untuk mereka..