Sunday, December 4, 2011

Wanita Dambaan Arjuna..

Talent Serizawa Aumz Sawamura
'... Aku pinta kepadamu seorang yang memahamiku, Berapa lama harus ku cari, Seorang yang sanggup menangis kerana ku, Berapa lama harus ku tunggu, Seorang yang mampu ku beritahu segala mengenai diriku..' Dipetik daripada kata-kata seorang Pakar Motivasi - Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.. Bila aku pikir balik ada betulnya.. Zaman sekarang susah untuk mendapat wanita yang betul-betul dapat memahami kita, yang betul-betul tahu akan isi hati kita, yang betul-betul dapat kita percayai dan berkongsi apa saja.. Budi pekerti yang luhur dan murni.. masih adakah manusia yang sebegini..
 

Setiap lelaki menginginkan wanita yang memiliki sifat dan tingkahlaku yang lemah lembut, sifat yang berlawanan sama sekali dengan sikap seorang lelaki yang kasar, So bila hidup bersama adalah positif dan negatifnya.. baru boleh menarik antara satu sama yang lain.. dan insyallah hidup akan kekal berpanjangan..

Ciri-ciri lain yang menjadi dambaan seorang lelaki adalah wanita yang mempunyai sifat kebudak-budakan ataupun manja..walaubagaimanapun bukan berpakaian seperti kebudak-budakan dan berkelakuan seperti budak-budak berumur 5 tahun kebawah.. yang aku maksudkan sifat kebudak-budakan dan sifat manja yang matang sesuai dengan umur.. So maksudnya disini bukan wanita yang mengedik dan juga bukan wanita yang terlebih ingin diberi perhatian dan dibelai.. lelaki akan rimas sekiranya berhadapan dengan wanita sebegini.. 

Merajuk juga diantara sifat wanita yang lelaki sukai.. namun wanita yang selalu merajuk tanpa tanpa ada sebab serta alasan yang wajar dan selalu memanja-manjakan diri dengan berlebih-lebihan membuatkan lelaki kurang selesa dan mungkin menyampah perangai wanita seperti ini.. So maksudnya disini wanita perlu ada daya penarik dan personaliti sendiri.. sometime nakal, sometime manja, sometime matang dalam pergaulan dan setiap tindak tanduknya.. dan kadang-kadang ada sesuatu yang menarik hati lelaki bila bersamanya.. itulah wanita yang didambakan bagi seorang lelaki mengikut ideologi aku selain daripada tips-tips yang berlambak di majalah-majalah swasta.. harap-harap kepada membaca wanita tips-tips yang aku berikan dapat dijadikan garis panduan untuk lebih merapatkan hubungan dengan pasangan anda.. jga boleh dijadikan panduan sebagai muhasabah diri.. =)


Nota - Dah lama tak shoot gambar.. Kamera dah berhabuk.. Bila lah boss boleh bagi aku cuti nie.. =)

2 comments:

Fatin said...

baca majalah swasta je ker... majalah kerajaan tak de ker....=) mesti lagi byak tipsss....

hanz_sideme@blogsport.com said...

buku kerajaan rahsia.. tak boleh diterbitkan tanpa izin.. =)