Friday, March 25, 2011

Mana Pergi...


Arus begitu laju, zaman cepat berubah, pemikiran manusia berubah mengikut peredaran zaman masa kini, interlektual bijak mengatur segala perubahan yang baik bagi masa hadapan.. Zaman teknologi mengfokuskan beberapa matlamat dan kejayaan dalam hidup pada masa kini.. Namun manusia bukan sekadar kejayaan,pemikiran yang hebat,kepandaian dalam pelbagai sudut semata-mata mengejar fitrah dan arus dunia yang pesat dan kawalannya tidak sepantas manusia berfikir.. Adakah masih ada perasaan manusia yang azali.. kenal erti kasih dan sayang,kenal erti insanian yang diajarkan sedari kecil. kenal erti sedih dan keseorangan. kenal erti bertolak ansur,erti kesabaran,gembira tenang dan bahagia bukan pada penciptaan atau sesuatu perkara teknologi, sebaliknya perasaan bersama insan lain,orang lain,manusia lain.

Wednesday, March 16, 2011

Cubaan.....

Helo, i nak cuba je ni. ini gambar kawan i masa dia tgk UNIC kat KMK... :) Hensem kan dia.. Sebelah tu Fakhrul UNIC.. Haa

Thursday, March 10, 2011

Sekitar Majlis Persandingan Hanif & Haslinda..


Salam semua, seperti yang aku janji kan dalam entry yang lepas bahawase nya aku akan mengupdate aku punyer entry kali ini dengan gambar sekitar masjlis persandingan akak aku. gambar yang aku shoot tak banyak coz aku kena jadi anak dara duk buat kerja itu dan ini, senang citer anak dara melayu terakhirlah, rajin giler aku time tu.. sampaikan masa aku nak shoot akak aku bersanding pun hampir tak der, kejap-kejap kena panggil duk buat itu dan ini.. nasib-nasib.. tapi tak mengapa, akak aku punyer pasal, apa jer lah aku buat..

Ok.. kembali kepada topic kita yang asal, secara ringkasnya aku bercerita, majlis tersebut berjalan dengan lancar,suasana dan keadaan yang cukup baik, tenang,aman serta sentosa, cuaca time tu pun cukup cantik, memang aku sebagai tuan rumah cukup puas hati dan bersyukur kerana majlis tersebut selamat dan bagi aku amat succes sekali..

Monday, March 7, 2011

Pernikahan Hanif & Haslinda

Kali nie aku nak update entry aku ngan gambar pernikahan Hanif & Haslinda. Sebenarnya Haslinda merupakan akak aku yang sulung. Allamdulillah telah selamat di ijab kabulkan bersama pilihan hatinya yang memerangkap abang ipar aku sekarang nie.. hahaha..Pernikahan yang memakan masa hampir 2jam itu sempat lah juga aku shoot beberapa keping gambar tuk aku pose t kang kat blog nie.. malas nak citer banyak2, tengok jelah gambar-gambar yang aku dah edit nie.. harap dapat memcuci mata kalian... ^_^