Friday, March 25, 2011

Mana Pergi...


Arus begitu laju, zaman cepat berubah, pemikiran manusia berubah mengikut peredaran zaman masa kini, interlektual bijak mengatur segala perubahan yang baik bagi masa hadapan.. Zaman teknologi mengfokuskan beberapa matlamat dan kejayaan dalam hidup pada masa kini.. Namun manusia bukan sekadar kejayaan,pemikiran yang hebat,kepandaian dalam pelbagai sudut semata-mata mengejar fitrah dan arus dunia yang pesat dan kawalannya tidak sepantas manusia berfikir.. Adakah masih ada perasaan manusia yang azali.. kenal erti kasih dan sayang,kenal erti insanian yang diajarkan sedari kecil. kenal erti sedih dan keseorangan. kenal erti bertolak ansur,erti kesabaran,gembira tenang dan bahagia bukan pada penciptaan atau sesuatu perkara teknologi, sebaliknya perasaan bersama insan lain,orang lain,manusia lain.
.

Bukan kemajuan itu tidak bagus, bukan pemikiran interlektual dan pembaharuan teknologi yang sentiasa berkembang itu tidak baik.. biarlah kita hidup dibumi ini dengan adanya kedua-duanya sekali.. Peredaran zaman haruslah selari dengan perwatakan manusia yang semakin menarik,semakin kenal erti adap dan sopan,semakin kenal erti kasih sayang dan menyayangi antara satu sama lain dan sesama manusia lain,semakin kenal erti bantu membantu dan insaniah yang ditutut.. Kan elok sekirannya perkara tersebut selari dengan peredaran zaman yang serba canggih.. Alangkah bahagia dan damainya sesebuah negara jika perkara tersebut terjadi..

Baru-baru ini saya ada berjumpa dengan seorang orang tua yang terhenti di sebuah jalan yang agak sibuk kerana mengalami kehabisan petrol motosikalnya.. Atas belas dan ehsan sesama manusia saya membantu tanpa meminta (bukankah itu berbuatan yang sepatutnya?) Namun setelah selesai membantu, diceritakan bahawa penah meminta bantuan dari orang muda yang lalu lalang di jalan tersebut agar dapat menghulurkan bantuan bagi membelikan petrol supaya dapat menyelesaikan masalahnya tersebut.alangkah terperanjatnya saya apabila diceritakan kepada ku,wang telah diberi kepada pemuda tersebut agar dapat menolongnya membelikan petrol,namun,kelibat pemuda itu tidak kelihatan selama hampir 1jam,walhal stesen petrol hanya 4-5 kilometer dari tempat kejadian tersebut. Atas dasar mempercayai pemuda tersebut,wang sebanyak RM50 telah diberikan untuk mengisi minyak di dalam botol yang mungkin hanya RM7. Apakah itu satu perbuatan insani yang saya katakan sebentar tadi.?? biarlah kemanusian itu wujud sama dengan peredaran zaman pada masa ini.. Sedih rasa bila orang yang telah berumur dan mungkin sebaya dengan umur bapa kita.. Bayangkan jika bapa kita pula yang ditimpa nasib sedemikian rupa.. Hmm.. susah nak diterangkan.. hanya perasaan dan hati manusia yang dapat merasakan kekecewaan itu..



Nota - Kekadang kejayaan seseorang bukan pada kehebatannya, tetapi pada hati dan
            tingkahlakunya.. ( keperibadiannya )

2 comments:

Anonymous said...

nak nanges baca cerita kau..

hanz_sideme@blogsport.com said...

tu lah.. so sad.. mana pergi rasa hati mulia manusia.. hmmm