Wednesday, September 21, 2011

Minat sebagai hobi..

Gucci Liana as a Talent
        Pembelajaran secara berterusan memang memuaskan.. Mengkaji dan terus mencari identiti diri sangat lah penting sebagai seorang yang bergelar Amature Photographer / baru berjinak-jinak dalam photographer.. Tapi aku bukanlah seorang photographer. Tak layak lagi gelaran tersebut diberikan kepada ku. Aku merakam gambar berdasarkan minat aku sedari kecil. Bila sudah dewasa dan bekerja barulah aku dapat menterjemahkan minat aku dalam kehidupan aku seharian.. senang kata, dulu tak dapat beli kamera mahal.. sekarang dah bekerja ada duit dapatlah aku menyempurnakan niat aku untuk membeli kamera.. Syukur.. satu impian dah tercapai iaitu memiliki kamera DSLR sendiri.. =)

Mohdhanis foto
Sedari aku membeli kamera, aku banyak belajar dan mempelajari ilmu photographer. Aku banyak berjumpa dengan rakan-rakan sosial DSLR dan juga mengikuti setiap event yang mereka anjurkan sekiranya aku lapang dengan kerja.. Setelah aku mempelajari tentang kegunaan kamera aku semakin ghairah dan perasaan ingin tahu itu wujud dalam diri aku.. \Banyak juga ilmu aku belajar.. mungkin suatu hari nanti ilmu yang sedikit ini aku pelajari boleh di kongsi dengan rakan-rakan yang meminati bidang photographer. sapa tahu.. =)
Bukan untuk menjadi photographer terkenal.. ramai orang menganggap bila seseorang itu mempelajari ilmu photographer, mereka seolah-olah ingin menjadikan kerjaya dalam hidup mereka.

Sunday, September 18, 2011

Dipagi Raya Aidilfitri..

Kuih Raya dipagi Syawal 2011
Tiba jua Hari Raya Aidilfitri.. Alhamdulillah, dapat merasa beraya tahun ini.. Sedar tak sedar sebulan kita berpuasa. Syawal datang dengan penuh kemeriahan. Syukur di atas kehadirannya.. Teringat masa kecil-kecil dulu.bukan men gumbira lagi.. baru seminggu berpuasa dah ter over dreaming ingat nak raya.. tapi bila dah semakin dewasa,berfikiran matang.. raya disambut secara bersederhana.. cukup untuk bertemu keluarga dan kenalan lama.. So layan lah picture Di pagi Syawal nie.. (^_^)
Make Over dipagi Syawal
Budak Riang dipagi Syawal
 
FotoShoot Adik beradik Syawal






Setelah aku selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri.. Sampai dirumah acara memohon ampun dan maaf dari keluarga sepanjang tenpoh setahun.. heheheh.

Tuesday, August 9, 2011

Pose datang lagiii...

Picture by Acaii Jawe photographer
Bulan Pose ni teringat pulak aku masih kecil2 dulu.. Dulu pose meriah.. selepas sahur, solat,pastu tido.. bila bangun dari tido aku dan adik beradik ku mulalah menunggu waktu untuk berbuka. walhal baru jam 1100.. hahaha.. hmm, rindu pulak bila pikir masa kecik2 dulu.. ibu yang selalu pesan.. pose penuh, dapat wet raya penuh.. RM30.. huyOO.. banyak tu RM 30. Boleh beli macam2.. Tu pasal time aku ponteng pose aku tak bagi tau kat ibu aku.. hehehe... takut tak dapat wet raya penuh... T__T

Masa aku di sekolah.. pose memang dah tak penah tinggal.. dan aku pose bukan atas sebab ganjaran yang ibu aku berikan, tapi lebih kepada niat kerana Allah Ta'ala.. Pose time sekolah memang agak membosankan.. lebih-lebih lagi time cikgu masuk kelas mengajar... memang malas nak mampus... hehehe.. kalo boleh kita orang dalam kelas nak buat solat hajat bagi cikgu tak masuk kelas.. hahaha... tak yah kami belajar.. hmm.. itu lah aku masa kat sekolah dulu.. tak suka belajar dan membaca.. bila pikir2 balik.. rugi rasanya buat macam tu.. rugi rasanya ada pemikiran sebegitu.. Balik sekolah hepi sikit.. leh lepak ngan member2 sambil tggu waktu berbuka pose.Pose berlalu agak baik.. rindu saat itu.. dapat bergurau bersama rakan2.. boleh buka pose di sekolah.. Boleh dikira saat yang indah juga lah dalam nota hidup berpose aku.

Kini.. sekarang.. aku telah bekerja.. hidup pun kadang ada masa, kadang tak der masa.. tapi alhamdullillah.. aku selangkah menjadi manusia, menjadi anak.. bukan menjadi sampah atau pontianak.. hehehe... cuma pose kali nie aku kurang bersama keluarga, kawan-kawan.. sibuk dengan kerja memanjang.. Tapi suasana pose masih dapat dirasai.. masih memberikan impak kepada aku sebagai seorang perantau di negeri orang.. hehehe...  So, aku harap pose kali ini lebih baik dari pose-pose yang lepas.. harap pose kali ini memberikan ku sebuah makna kehidupan dan dapat menyelami perasaan insan-insan yang kurang baik daripada kita yang sedia baik ini.. harap aku dapat tingkatkan amal ibadah aku di bulan pose.. harap dapat malam seribu malam.. amin... =)

Tuesday, July 12, 2011

Cukup apa yang ada.

Gambar Hiasan

Jangan mencari yang sempurna tetapi belajar untuk menjadi sempurna yang lebih baik.. kita sebagai hambanya tidak ada yang sempurna. So buat apa mengejar, mencari dan memilih yang sempurna.. serba serbi lengkap.. cukuplah dengan apa yang ada dan apa yang kita miliki sekarang ini..

Gambar Hiasan
Jika kita ada sepinggan nasi yang nyata dapat mengisi kekosongan perut kita yang lapar kenapa kita harus mengejar makanan yang lazat-lazat sedangkan belum tentu makanan itu milik kita.. dan jika makanan yang dikejar itu kita tak dapat, nasi yang tersedia mungkin sudah basi atau tidak elok untuk dimakan.. Samalah dengan diri kita yang hidup dalam dunia sekarang.. semuanya ingin mengejar sesuatu benda yang lebih baik dan belum tentu dapat memilikinya.. berusaha itu baik.. tapi ke arah yang macam mana kita usahakan itu, jika rezeki sudah diberikan kepada kita sebegitu besar, kenapa nak tamak, nak cari yang lagi besar.. 

Samalah seperti jodoh kita dibumi ini.. terlalu mengejar kesempurnaan sedangkan yang ada sudah cukup sempurna. cukup baik, cukp menyayangi dirimu dan cukup mengasihi dirumu.. kenapa perlu membanding-bandingkan jodoh yang telah ditentukan kepada kita.. terlalu ingin mengejar kesempurnaan kelak kita akan menyesal sekiranya kita tidak dapat memiliki apa yang kita kejar dan yang ada pada kita telah menjadi hak orang lain.. masa tu nak menyesal dah tak ada guna.. dah ada yang elok, tak cukup puas,, tak bersyukur.. padan muka sama luu... hahahaha...





Sunday, June 26, 2011

Minat sedari kecil..

Fatin Syafiqah bt. Mohd Azis
Teringat masa aku dizaman kanak-kanak dulu.. Minat aku terhadap kamera DSLR ini sejak dari zaman sekolah menegah lagi, sehingga lah dewasa kini. minat aku terhadap fotografi makin hari makin dalam. aku bukan nak buat kerja part time dengan fotografi, tapi aku senang dan enjoy bila dapat hangout dan dapat shoot gambar2 yang dapat memberi kepuasan kepada aku.. 

Alangkah bertuahnya aku kini dapat memiliki dan mengecapi semua itu..  terus belaja dan terus menimba ilmu membuatkan aku lagi mahir dalam menggunakan kamera.. walaupun tidak sepandai dan sehebat para profesional di luar sana, tapi aku patut berbangga dengan diri aku yang semakin mahir dan menampakkan peningkatan dalam hobi yang aku ceburi ini..

Mohd Azreen
masih banyak lagi yang aku perlu belaja. Atlest aku dapat juga merakamkan gambar2 yang indah2 untuk tatapan dan koleksi peribadi aku.. kadang-kadang kawan2 selalu cakap "napa hang duk membazir beli kamera mahal2, bukan boleh buat duit pon?'' aku paham semua itu, aku dah jelaskan kepada mereka aku membeli kamera bukan untuk membuat part time job.. aku beli kamera atas minat dan hobi aku nak shoot gambar disekeliling aku jer.. kepuasan dalam hidup.. aku bukan kaya, tapi kalau disimpan duit yang berlebihan tu, dapat jugalah membeli kamera sebegini walaupun mahal harganya.. Hasilnya juga berbaloi-baloi apa.. terang dan jelas gambar yang diambil.. itulah yang memberi kepuasan kepada diri aku..
Syazz Lee Meow
Hujung minggu, ada masa terluang aku akan menyertai kelas yang dianjurkan oleh fotografi tanah air seperti adhadi mohd, ted andan, bro jagat dan seangkatan dengan para profesional fotographer tanah air.. Kalau dapat berhujung menggu bersama kawan-kawan dan keluarga, benda yang tak aku lupa nak bawak, kamera DSLR aku, untung2 boleh memantapkan skill aku menggunakan kamera dan yang paling penting, gambar-gambar kenangan bersama keluarga mahupun rakan-rakan dapat aku abadikan dalam satu album kenangan.. mungkin setahun kemudian gambar yang aku ambil akan menjadi ukiran senyuman apabila aku melihatnya.. manalah tahukan.. sesuatu kejadian yang telah berlalu tidak dapat diulangi lagi, so dengan adanya hasil rakaman aku nie, dapat juga melihat kembali kenangan tersebut. mudah-mudahan.. aminn..

Sebenarnya, menurut pakar, gambar nie boleh menceritakan tentang keadaan atau suasana ketika itu bergantung pada skill dan kemahiran kita dalam menangkap sesuatu gambar itu.. So boleh diklasifikasikan gambar nie sebagai suatu kenangan dalam apa juga suasana yang kita lalui, sama ada gembira, sedih atau surah. hahaha...tak gitu pakar-pakar sekalian..
Yaya Adalia
Dan satu lagi kelebihan merakam gambar ini sebagai suatu bukti menunjukkan kita pernah sampai ke suatu kawasan atau tempat.. haahh.. melalui gambar boleh lah dijadikan bukti untuk berlagak di depan kawan-kawan bahawasanya aku pernah pergi ke Londan.. Kalau lah ak pergi.. tak pergi tak der lah.. hehehe... Kalau tak pergi jangan marah ahh.. nanti lekas tua.. T__T Bila dah tua, susah nak dapat jodoh.. sebab jodoh dah pergi kepada yang lebih muda... *__*

Cuba lihat pada model di sebelah nie.. ini adalah gambar model yang aku sempat shoot time aku sertai Bengkel DSLR yang berkisar potraiture di Tasik Perdana, Kuala Lumpur. A'mcm?? ada gaya seorang tokoh mengambil gambar terkenal tak? ^__^  . Sekian..