Monday, May 6, 2013

FotoShoot Saiful halim dan Farah


Dah lama aku tak turun shoot, rindu giler rasanya. memandangankan keadaan aku yang sentiasa sibuk dengan kerja dan assignment yang perlu disiapkan dengan kadar segera. Almaklumlaa.. Bekerja sambil belajar memanglah begini gayanya. Nak tak nak aku kenalah harungi jua. Rasa tention ada jugak. tapi aku teruskan juga demi kemanisan yang akan tiba.. (^_*) heheheh..

Syukur sedar tak sedar aku dah di sem yang kedua, aku ingat lagi masa mula2 aku masuk, ada seorang lecture tu bagi tau dengan semua pelaja masa tu..'' kebanyakkan pelajar akan quit pada sem 1 dan sem 2 study, kalo dah masuk sem 3 tu, dah boleh bawak diri dan dah boleh sesuaikan diri untuk belajar. Dari pengalamannya, jika pelajar lepas sehingga sem 3, bermakna pelajar tu akan grad '' hehehe... tu yang buat aku tabah dan cuba bertahan sehingga sem 3. Manalah tahu, kata-katanya tu satu doa.

Ok laa, so itulah cerita aku serba sedikit ketika ini. dalam dah lama aku tak shoot gambar, ada plak member aku mintak tolong shoot gambar dieorang. sebenarnya dieorang dah hampir 2 tahun berkahwin. isteri member aku ni tgh pregnant. tengah tggu masa nak bersalin. So saja-saja shoot lah before mereka ni menimang cahaya mata. Layan sikit picture yang aku shoot nie.


Dan kalo nak tahu, minggu lepas member aku dah selamat melahirkan cahaya matanya. aku belum sempat lagi melawat, sibuk dengan kerja. insya'allah, jika diberi kesempatan, minggu depan uncle sampailaa ye baby. heheh.. ops, lupa pulak. member aku ni dapat anak perempuan, namanya panjang sangat, susah aku nak sebut dalam nie. Alhamdulillah, moga mereka lebih bahagia dan sentiasa dibawa lindunganNya. Amin.. 


Akhir kata dari aku. Aku mendoakan agar mereka sentiasa mendapat rahmat dan dilimpahi dengan rezeki. moga kelahiran anak pertama mereka memberikan lagi cahaya dalam melayari bahtera berumahtangga.. (^_^)


Thursday, February 28, 2013

X-pedisi Gunung Nuang

- Memories Gunung Nuang Peak -

-22 FEB 2013 ( JUMAAT )

Seawal   jam 9.00 pagi kami berkumpul  dan memulakan perjalanan tepat 11.00 pagi.  Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam akhirnya kami sampai di Kaki Gunung Nuang, Hulu Langat. Selesai meletak kenderaan kami membuat persiapan untuk memulakan pendakian. Perancangan kami pada petang ini hanya climb sehingga di kawasan perkhemahan Kem Lolo. Sebelum memulakan pendakian pada awal pagi esok ke puncak Gunung Nuang.






Hehehe.. aku pun tak tau napa aku ketawa ketika ini. Yang pasti semasa aku nak menulis nie aku teringat plak suasana mendaki time tu..  kadang-kadang sekali sekala dapat buat aktiviti climb and camping nie syok gak. Asik ke Bandar and shopping complex je. Try lah hirup udara segar alam semulajadi pula… =)

Sampai di Kem Lolo, serabut bebudak nak cari port pasang khemah, kami gak steady.. beralaskan canvers dan berbumbungkan juga canvers, pintu xda ( open air ) akhirnya siap, mandi dan bersantai di tepi sungai sehingga hari gelap.. habis satu bab (^_^)  malam bab lain plak.

Malam xda apa-apa aktiviti dari kami. Cuma lepak, memancing, bergurau senda, dan menyanyi untuk menghiburkan hati di dalam kegelapan hutan dara.. ungun api betul-betul kami hidupkan di tepi tempat kami tido. Tujuan utama – menghangatkan badan kami yang tersedia sejuk ( maklumlah..  kan open air ) baru laaaa adventure.. hehehehe…

Pose Jab Beraderrr...




Abam Yellow Nie X-cited Plak.. Good!!2x




X rock lah Pakai Khemah.!! X adventure laaa
Boleh LAa.. Buat Lauk Malam Nie..

-23 FEB 2013 ( SABTU )

Seawal jam 06.30 pagi kawasan perkhemahan kami bersihkan. ( menjaga alam flora dan fauna ) breakfast pagi secara ala kadar tapi still mengenyangkan. Alhamdulillah, syukur…  Ah!! Apa nak tulis nie.. Kami pun mendaki laaa..!!! layanlaa sikit gambar yang sempat aku rakam nie..

Cabaran / Keseronokan Mendaki
Cabaran / Keseronokan Mendaki 
Cabaran / Keseronokan Mendaki
Cabaran / Keseronokan Mendaki
Cabaran / Keseronokan Mendaki
Puncak Kem Pacat
Letih nampaknya Hafiz dan Saiful
Cabaran / Keseronokan Mendaki

Cabaran / Keseronokan Mendaki

Puncak Pengasih
Puncak Pengasih

Puncak Pengasih
Gunung Nuang Peak ( 1493m / 4898ft ) 
Puncak Gunung Nuang

Puncak Gunung Nuang
Nak sembang sikit, ada beberapa check point yang boleh kita berehat before kita  sambung climb untuk sampai ke Puncak Gunung. Seperti di Kem Pacat dan Kem Pengasih. Boleh lah berehat. Tapi kawasan kem tu jauh dari bekalan air. So korang kena bawak air dari sungai Kem Lolo je laa. Because Kem Lolo je berhampiran dengan sungai.

Pada 12.45 tengahari akhirnya kami Berjaya sampai di Puncak Gunung Nuang ( 1493 meter / 4898 ft ). Huh.. lega terasa.. ada yang melompat, ada yang mengilaii, ada yang tersenyum saja.. ( aku laa tu ) tapi tak der lagi yang nak terjun dari puncak tu.. - sekian – heheheh.. layan sikit gambar bila dah sampai puncak nie..
Last sekali kami turun dari Puncak Gunung pada 01.30 petang. Kami berhenti di Kem Lolo semula menambah bekalan air dan kemudian terus turun sehingga di kaki Gunung. Syukur. Kami sampai pada 06.25 petang. Berehat sebentar bersama pasukan ranger yang bertugas dan pulang dengan selamat. tamat- ekpedisi mendaki Gunung Nuang.  (^_^) bangga siot..  chill…

Nota Kaki - Kinabalu Trip Soon -

Tuesday, February 26, 2013

Pangkor Island Trip



Macam biasa, setiap kali berkelapangan baru entry ini akan aku update.  This week memang time rehat untuk aku setelah minggu-minggu yang lalu aku sibuk keluar daerah.  banyak yang aku pelajari dalam tempoh 2 tahun aku berkhidmat.. bila pikir-pikir balik tersenyum sorang-sorang pulak.. =) hehehe.. apa yang aku fikir pun aku tak tahu.. yang pasti kesyukuran terserlah dalam lubuk fikiran aku nie..

Minggu ni tak banyak yang aku nak share dalam blog nie. Stop, sebenarnya aku ni tak pandai bercerita, tak pandai nak mengarang cerita, tapi still juga nak buat blog dan update cerita-cerita aku.. walaupun bukan ada yang baca, sekadar meluangkan masa dengan benda-benda yang berfaedah dan bermunafaat. Secara tak langsung menulis dalam blog ni boleh buat penulisan aku menjadi lebih baik dari sebelum ni. So aku akan teruskan juga mengupdate blog.. insya’allah jika diberi kelapangan untuk aku berbuat demikian.

Syukur, minggu tahun baru cina yang lepas ada lah masa aku bergembira meluangkan masa bersama family aku, rakan - rakan aku sebelum aku memulakan sesi pembelajaran aku bagi sem yang baru. Macam tak percaya, dalam masa seminggu banyak tempat aku jelajahi, banyak benda aku buat. Sampai aku rasa, cuti aku selama seminggu lagi penat dari aku bekerja. Hehehe.. tapi kepuasan still terasa. Layanlan sikit gambar2 yang aku ambil sepanjang aku bercuti bersama family aku dan kawan-kawan aku. Aku pergi ke Cameron, Pahang, aku pergi ke Genting Highland dan juga ke Pangkor, Perak. (^_^)  tapi untuk kali ini aku update gambar ke Pangkor Island je. Gambar lain next entry..

Atas Feri Balik ke Lumut

Gerai - mencari breakfast


Atas Boat - Round Island for Snokling
Boat

Snokling

Ondaway Balik



Sunday, January 27, 2013

Coretan Biasa..


Errmmm..Lama dah rasanya aku tak tulis blog nie, sampai aku pun dah tak tahu nak menulis apa. Beban kerja yang semakin bertambah, hal-hal di university dan banyak lagi benda aku kena settlekan sepanjang tahun lepas. Huh, kini aku berkelapangan setelah menempuhi beberapa hari yang sukar. Lega terasa.. insya’allah, pasni relax jap, ambil cuti sebelum aku melangkah ke next sem.

Banyak yang berlaku sepanjang tahun 2012 yang mungkin menjadi kenangan pahit dan manis. Tapi of course lebih kepada manis laaa. Hehehee. Semua berlalu begitu pantas dan tanpa aku sedari aku dah pun melangkah satu langkah kedepan dalam hidup aku. Sepanjang tahun 2012 aku telah lulus kesemua peperiksaan di peringkat rendah kerjaya aku, aku mula melangkah ke alam university dan aku belajar banyak benda yang aku tak penah belajar sebelum ini. Belajar ke peringkat university merupakan salah satu impian aku sejak dahulu. Alhamdulillah aku dah pun berada di kalangan pelajar-pelajar university. Insya’allah peluang yang diberikan kepada aku tak akan aku sia-siakan. Pembelajaran dari segi kehidupan pun semakin bertambah mantop. =) banyak benda aku belajar dari apa yang berlaku di  sekeliling aku, banyak benda juga aku belajar dari rakan-rakan aku. Syukur. Insya’allah apa yang baik akan aku semai di dalam diri aku.

Hidup aku dan family Alhamdulillah, tak ada apa yang ingin diperkatakan, aku sayang mak dan ayah aku, aku sayang adik dan akak-akak aku. ( I love u, u’alls.. ) Insya’allah, bulan 3/2013 ni kak long aku akan melahirkan anak buah untuk aku. Hahahaha.. muda-muda lagi dah jadi uncle..ngeee, rezeki tu namanya =). Akak aku yang kedua dah pun selamat berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya pada bulan 11 tahun 2012. Insya’allah tahun 2013 nie rumah aku xda apa-apa kenduri sehingga 2014. hehehe ~ bukan apa, aku lewat sikitlah.. duit simpanan tak cukup lagi.. adoiii..  itu je sebabnya.. (^_-)

Buah hati aku.. alhamdulillah. Semakin bertambah…

Pelajaran.. Xada apa yang nak aku katakan.. Aku masih baru, Cuma permulaan yang terkejut dan kalam kabut. Semua benda diluar jangkaan, assignment, final project, test, quiz, exam berlalu dengan cepat.. tanpa diduga.. Alhamdulillah, aku tak hanyut dalam kelekaan dan keseronokkan dunia pelajar. Sempat juga membaca dan membuat ulangkaji sedikit sebelum menempuhi final exam last week. Terima kasih buat rakan-rakan group study aku terima kasih kepada sahabat karib aku Khairul Hakim Saibani banyak memberi tunjuk ajar dan support yang terbaik kalian.




Target 2013 aku berharap apa benda yang aku pelajari sepanjang 2012 akan dapat aku teruskan. Insya’allah, tahun ini aku nak tambah harta sikit dan yang paling penting, aku dah bahagiakan semua orang yang aku sayangi dan kasihi. Akhir kata dari aku, majulah maju rakan-rakan ku.. heheheh ada merepek sikit ending dia nie… (^_-) chill yooo0``


Nota - Masih dalam semangat azam baru. hehehe..