Tuesday, August 13, 2013

Gambar Raya Aidilfitri 2013

Gambar adik,akak,mak ngan ayah aku
Dah Start keja semula. kejap je tahun nie aku dapat beraya bersama keluarga. tak dapat cuti panjang. Raya ke-4 aku dah kena kembali bekerja semula. walau apapun, aku happy dapat juga beraya bersama family jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang tidak dapat balik beraya bersama family.. Syukur..

Saja-saja shoot sikit2 gambar family aku nie. Mana yang dapat. =) Tapi family aku memang tak besar mana. so tak berapa meriahlah dalam gambar. anak buah pun baru sorang.. haihhh.. bila nak ramai anak buah nie..  hehehe... Layan laa sikit-skit gambar raya aku tahun nie. Gambar nie semua aku shoot time nak kuar raya pagi tu. nak g umah sedara mara, aku shoot jap depan rumah before kita orang gerak beraya umah saudara mara...

Aku ngan adik aku




Hujung sekali tu belah kanan, abang ipar aku yang sulung



ah, ini anak buah aku yang sulung. hehehe



ah, ini mak die yang sebenar benarnya..




Setiap hari raya memang kita sambung dengan penuh meriah dan secara bersederhana. moga kesederhanaan ini setiasa diikuti pada tahun-tahun yang akan datang.. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari saya dan Keluarga.. (^_-)

Monday, May 6, 2013

FotoShoot Saiful halim dan Farah


Dah lama aku tak turun shoot, rindu giler rasanya. memandangankan keadaan aku yang sentiasa sibuk dengan kerja dan assignment yang perlu disiapkan dengan kadar segera. Almaklumlaa.. Bekerja sambil belajar memanglah begini gayanya. Nak tak nak aku kenalah harungi jua. Rasa tention ada jugak. tapi aku teruskan juga demi kemanisan yang akan tiba.. (^_*) heheheh..

Syukur sedar tak sedar aku dah di sem yang kedua, aku ingat lagi masa mula2 aku masuk, ada seorang lecture tu bagi tau dengan semua pelaja masa tu..'' kebanyakkan pelajar akan quit pada sem 1 dan sem 2 study, kalo dah masuk sem 3 tu, dah boleh bawak diri dan dah boleh sesuaikan diri untuk belajar. Dari pengalamannya, jika pelajar lepas sehingga sem 3, bermakna pelajar tu akan grad '' hehehe... tu yang buat aku tabah dan cuba bertahan sehingga sem 3. Manalah tahu, kata-katanya tu satu doa.

Ok laa, so itulah cerita aku serba sedikit ketika ini. dalam dah lama aku tak shoot gambar, ada plak member aku mintak tolong shoot gambar dieorang. sebenarnya dieorang dah hampir 2 tahun berkahwin. isteri member aku ni tgh pregnant. tengah tggu masa nak bersalin. So saja-saja shoot lah before mereka ni menimang cahaya mata. Layan sikit picture yang aku shoot nie.


Dan kalo nak tahu, minggu lepas member aku dah selamat melahirkan cahaya matanya. aku belum sempat lagi melawat, sibuk dengan kerja. insya'allah, jika diberi kesempatan, minggu depan uncle sampailaa ye baby. heheh.. ops, lupa pulak. member aku ni dapat anak perempuan, namanya panjang sangat, susah aku nak sebut dalam nie. Alhamdulillah, moga mereka lebih bahagia dan sentiasa dibawa lindunganNya. Amin.. 


Akhir kata dari aku. Aku mendoakan agar mereka sentiasa mendapat rahmat dan dilimpahi dengan rezeki. moga kelahiran anak pertama mereka memberikan lagi cahaya dalam melayari bahtera berumahtangga.. (^_^)


Thursday, February 28, 2013

X-pedisi Gunung Nuang

- Memories Gunung Nuang Peak -

-22 FEB 2013 ( JUMAAT )

Seawal   jam 9.00 pagi kami berkumpul  dan memulakan perjalanan tepat 11.00 pagi.  Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam akhirnya kami sampai di Kaki Gunung Nuang, Hulu Langat. Selesai meletak kenderaan kami membuat persiapan untuk memulakan pendakian. Perancangan kami pada petang ini hanya climb sehingga di kawasan perkhemahan Kem Lolo. Sebelum memulakan pendakian pada awal pagi esok ke puncak Gunung Nuang.






Hehehe.. aku pun tak tau napa aku ketawa ketika ini. Yang pasti semasa aku nak menulis nie aku teringat plak suasana mendaki time tu..  kadang-kadang sekali sekala dapat buat aktiviti climb and camping nie syok gak. Asik ke Bandar and shopping complex je. Try lah hirup udara segar alam semulajadi pula… =)

Sampai di Kem Lolo, serabut bebudak nak cari port pasang khemah, kami gak steady.. beralaskan canvers dan berbumbungkan juga canvers, pintu xda ( open air ) akhirnya siap, mandi dan bersantai di tepi sungai sehingga hari gelap.. habis satu bab (^_^)  malam bab lain plak.

Malam xda apa-apa aktiviti dari kami. Cuma lepak, memancing, bergurau senda, dan menyanyi untuk menghiburkan hati di dalam kegelapan hutan dara.. ungun api betul-betul kami hidupkan di tepi tempat kami tido. Tujuan utama – menghangatkan badan kami yang tersedia sejuk ( maklumlah..  kan open air ) baru laaaa adventure.. hehehehe…

Pose Jab Beraderrr...




Abam Yellow Nie X-cited Plak.. Good!!2x




X rock lah Pakai Khemah.!! X adventure laaa
Boleh LAa.. Buat Lauk Malam Nie..

-23 FEB 2013 ( SABTU )

Seawal jam 06.30 pagi kawasan perkhemahan kami bersihkan. ( menjaga alam flora dan fauna ) breakfast pagi secara ala kadar tapi still mengenyangkan. Alhamdulillah, syukur…  Ah!! Apa nak tulis nie.. Kami pun mendaki laaa..!!! layanlaa sikit gambar yang sempat aku rakam nie..

Cabaran / Keseronokan Mendaki
Cabaran / Keseronokan Mendaki 
Cabaran / Keseronokan Mendaki
Cabaran / Keseronokan Mendaki
Cabaran / Keseronokan Mendaki
Puncak Kem Pacat
Letih nampaknya Hafiz dan Saiful
Cabaran / Keseronokan Mendaki

Cabaran / Keseronokan Mendaki

Puncak Pengasih
Puncak Pengasih

Puncak Pengasih
Gunung Nuang Peak ( 1493m / 4898ft ) 
Puncak Gunung Nuang

Puncak Gunung Nuang
Nak sembang sikit, ada beberapa check point yang boleh kita berehat before kita  sambung climb untuk sampai ke Puncak Gunung. Seperti di Kem Pacat dan Kem Pengasih. Boleh lah berehat. Tapi kawasan kem tu jauh dari bekalan air. So korang kena bawak air dari sungai Kem Lolo je laa. Because Kem Lolo je berhampiran dengan sungai.

Pada 12.45 tengahari akhirnya kami Berjaya sampai di Puncak Gunung Nuang ( 1493 meter / 4898 ft ). Huh.. lega terasa.. ada yang melompat, ada yang mengilaii, ada yang tersenyum saja.. ( aku laa tu ) tapi tak der lagi yang nak terjun dari puncak tu.. - sekian – heheheh.. layan sikit gambar bila dah sampai puncak nie..
Last sekali kami turun dari Puncak Gunung pada 01.30 petang. Kami berhenti di Kem Lolo semula menambah bekalan air dan kemudian terus turun sehingga di kaki Gunung. Syukur. Kami sampai pada 06.25 petang. Berehat sebentar bersama pasukan ranger yang bertugas dan pulang dengan selamat. tamat- ekpedisi mendaki Gunung Nuang.  (^_^) bangga siot..  chill…

Nota Kaki - Kinabalu Trip Soon -