Sunday, December 25, 2011

Bercerita Mengenai Penampilan Diri.

Hah.. Macam Ni Kan Handsome
Said hye  to my reader belog/… heheh ^__^ .. Malam yang sunyi.. aku sendiri..’ just singing..  Masa aku dizaman sekolah dulu.. selalu memikir hal dewasa nanti.. ingin kelihatan segak dan bergaya.. berpakaian kemas, sentiasa bersih dan kelihatan cergas.. impikan gaya hidup yang sihat..Tubuh badan yang agak macho.. ^_^..  Sekarang masuk zaman pekerjaan..  Alhamdulliah.. kerja dah ada.. Cuma dari segi pemakaian aku kurang pandailah..

Soal pakaian kadang penting untuk kita menunjukkan imej kita di khalayak ramai.. So jangan pandang remeh about ur dress.. Aku ada seorang kawan yang memang menjaga dari segi diri, pakaian sehingga baru-baru nie mengamalkan pulak diet yang seimbang.. hmm.. aku plak jadi risau.. dah rupa kes tak dapat jodoh plak.. padahal calon dah ada.. hihihi.. Dan mengikut kajian aku, tidak dinafikan memang ada lelaki jenis begini.. penampilan memang dititik beratkan dari hujung rambut kehujung jari kaki.. ada bagusnya begitu.. atlest dari menjaga badan secara tak langsung kesihatan terjaga.. Jangan jadi macam aku.. selamba yayahh jer lah.. ikut suka nak makan apa, ikut suka nak pakai apa.. ikut dan nak bersenam ke tak.. tapi nasib baiklah aku masih sehat lagi sehingga kini.. Almaklumlah.. aku bukan kaya sangat.. so tang makan gula nie aku berjimat sikit.. nak bagi cukup sampai gaji bulan depan.. tu pasal tak kena kencing manis.. *__*

Tapi sekarang pun aku masih segak lagi.. bak kata temanita aku lah.. segak dan bergaya..  T__T ‘’.. Kulit itam manis, rambut ikal mayang mengurai.. hidung mancung dihadapan.. badan like batang berus gigi.. hahah.. apa lagi.. mata bak warna awan yang mendung..’’ begitulah diriku.. so kawan-kawan.. penampilan diri buat lelaki yang bujang dan telah bekerja perlu lah dititik beratkan. Jangan sampai dah terlambat baru rasa nak titik beratkan.. dah payah nak ejas kang.. jerawat dah naik banyak kat muka baru nak tanya member.. apa rahsia..? apa produk u pakai..? makanan apa yang boleh kita makan..? kena senam berapa kali semiggu..? dan soalan yang sewaktu dengannya..

Yang diatas baru segi badan dan pemakanan.. dari segi penampilan dan pakaian juga perlu dititik beratkan.. jangan lah dah bekerja tapi tabiat lama masih diamalkan.. macam bebudak sekolah plak.. umor dah lanjut.. tapi kuar berjalan gaya punk lah.. gaya skin heart lah.. ada tu gaya bapuk pun ada.. adooiii yaiiii.. apa nak jadi.. cuba bila dah bekerja dan bekerjaya amalkan gaya pemakaian dan penampilan yang baik.. cermin diri sebelum keluar rumah.. ok tak aku ni..? pakaian kemas and simple ker ni..? dah keluar.. jumpa awek.. try plak Tanya kat awek.. sayang.. ok tak pakaian abg..? ada mcm Aron Aziz tak..? ^__^ tak pun ada macam Salman Khan tak..? haha.. baru lah betul.. orang tengok pun ok..sedap mata memandang.. silap-silap makcik-makcik tengok pun berkenan.. Yang aku maksudkan tu, berkenan buat menantulah.. bukan buat calon penganti.. itu bab lain tu.. if macam tu.. cepat-cepat cabut lari.. ‘’ Kalau tidak pangkat datuk muda kita kang!!. ’’

So kalau dari segi pakaian dan penampilan diri janganlah sehingga menghabiskan wang ringgit.. bukan bermaksud menjaga pakaian dan penampilan diri perlu bermewah-mewah, pakai harus mahal dan bermutu tinggi,  cukup sekadar pakaian tu Nampak kemas.. Itu lebih baik dari pakaian mahal yang fesyennya mengarut-mengarut dari pandangan orang timur..  Orang timur nie sebenarnya simple.. tak rumit.. janji sedap mata memandang kira ok lah tu.. bukan nak jadi menteri pun.. sekadar sedap mata kita memandang diri sendiri.. Sekian.. harap dapat dipraktikkan oleh anda-anda semua..

Nota - Kata orang, orang melihat kita dari pandang pertama.. iaitu dari segi penampilan.. banyak kebaikannya.. mudah dapat kerja.. orang mudah mendampingi kita.. kita senang mendapat kawan.. dan yang paling penting.. mak mertua suka ^__^

No comments: