Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru..

Selamat Datang Tahun 2012. Aku Menantikanmu..
Hye to my reader belog.. sebelum mencecah ke tahun baru aku rasa nak buat last update for 2011 entry.. Alhamdulillah.. aku masih diberikan kesihatan yang baik.. tubuh badan yang sihat.. akal yang waras.. dan bersyukur diatas rezeki yang tidak terhingga kepada aku sepanjang tahun 2011.. rasa berkobar-kobar nak memulakan hidup dan azam yang baru di tahun 2012… harap-harap tahun hadapan menjadi tahun yang baik untuk diri aku dan keluarga..

Syukur juga aku kerana pengalaman yang diberikan kepada aku sepanjang tahun 2011.. memberikan aku pengalaman yang baik dan secara tak langsung membuat aku lebih matang dalam kehidupan.. ’’.. hari tak selalunya cerah.. langit tak selalunya biru..’’ sama lah seperti aku insan yang hidup dibumi ini.. ada kala duka, adakala gumbira.. ada kala susah dah adakala senang.. aku bersyukur dan sentiasa mengingati segala  apa yang berlaku di dalam hidup aku sepanjang  tahun 2011.. untuk dijadikan panduan dimasa akan datang.. bukan ditahun 2011 sahaja.. malahan tahun-tahun yang lepas juga ada iktibar yang aku perolehi.. membaiki diri melalui kesilapan adalah yang terbaik berbanding membaiki diri melalui pengetahuan.. sebab tu ada orang cakap pengalaman lagi baik dari pengetahuan.. tapi bagi aku kedua-duanya memerlukan antara satu sama lain.. pengalaman dan pengetahuan membuatkan kita lebih matang dimasa akan datang.. trust it..

Selamat Tinggal Tahun 2011.. Aku merinduimu
So menjelang tahun 2012 nie.. azam aku lain dari yang lain.. Bukan berazam nak mendapatkan sesuatu benda.. Bukan juga berazam nak kumpul harta.  tapi lebih kepada muhasabah diri.. Menjadi lebih matang dari tahun-tahun sebelum ini.. Tahun 2012 aku ingin mengubah diri menjadi lebih baik.. aku ingin mencabar diri dari segala espek.. mungkin dengan cara ini aku dapat menjadi yang terbaik..Dan dari itu, aku ingin menjadikan tahun-tahun yang lepas sebagai panduan dan juga pengajaran yang baik bagi diri aku..

Ramai yang berangapan ‘Hidup Itu Satu Perjuangan’.. Mungkin maksudnya sama dengan ayat ini ‘.. Bukan apa yang kita niat, Tetapi apa yang kita buat.. Bukan sekadar hasrat, Tapi lebih kepada perjuangan yang menjadikan kita kuat kelak..’ Mungkin ayat ini boleh menjadi pedoman pada aku ditahun 2012.. buat apa dikejar harta.. baiki diri, tingkatkan motivasi itu lebih penting sekali.. Kaya tapi bodoh buat apa.. Lebih baik miskin harta, kaya dengan ilmu yang bermunafaat.. ‘.. Jangan dikejarkan harta, Harta akan datang dengan sendiri jika kita Berjaya..’ wah.. banyak falsafah aku malam nie.. ^_^ heheheh.. Mungkin malam nie emosi melanda jiwa.. Maklumlah.. Usia aku sekarang dah meningkat 23 tahun.. harus focus dan matang.. setidak-tidaknya aku dah kenal apa itu hidup..Hidup bukan hanya bernafas.. tapi perlu ada kesanggupan untuk terus hidup.. huh.. matang giler lah aku nie.. T__T

Lastly.. Akhir kalam dari saya bagi mengakhiri tahun 2011.. Majulah sukan untuk Negara.. heheh  ^__^ jangan tension-tension selalu.. ingat pesan ibubapa.. jaga keluarga elok2.. saya sayang anda semua.. And the last word to said ‘.. jangan takut pada kesilapan, asalkan anda tidak mengulangi kesilapan yang serupa..’ Chill..

Nota - Tak dapat sambut new year.. kena kerja daa.. ish3.. sian Mohd Hanis.. =(

No comments: