Friday, December 16, 2011

Main Tepuk-tepuk Bantal..

Model Agensi 'Ana / Tasik Perdana
Aku teringat masa zaman belajar dulu. Ustazah aku pernah bagi tips bagaimana nak bangun awal, nak bangun tengah malam.. dia pernah cakap kalau nak bangun tido waktu malam, nak bersolat hajat atau nak buat study cikit waktu malam.. caranya niat dalam hati minta dengan Allah agar dikejutkan pada waktu dan masa sekian-sekian.. Insyallah akan ada benda atau sesuatu yang buat kita terjaga pada malam tu.. Alhamdulillah.. perkara begitu masih aku amalkan sehingga ke ari ini.. itu sajalah cara untuk aku dapat bangun awal.. kadang-kadang jam lonceng tak berfungi bagi diri aku.. =) al maklumlah..

Semalam aku mendengar satu ceramah. Ceramah tersebut menceritakan tentang lambat dapat jodoh dan rahsia-rahsia mendapat pasangan.. ceramah yang menarik dan rata-rata yang hadir golongan muda-mudi dan mahasiswa dan mahasiswi.. jarang aku lihat ceramah-ceramah dipenuhi oleh golongan muda-mudi.. mungkin mendengar pada tajuk ceramah membuatkan mereka tertarik.. stop dibahagian tersebut.. beralih pada isi dalam ceramah yang mencuit hati aku.. cerita bercinta tepuk-tepuk bantal.. hehehe.. lucu pulak aku dengar cerita pasal benda ni.. masih lagi wujud di kalangan muda-mudi yang hangat bercinta.. kebanyakkan adalah golongan pelajar lah.. mungkin sebab dah tak ada kerja atau angau tak tentu pasal dengan pasangan masih-masing.. sebenarnya cerita tepuk-tepuk bantal ni wujud dan ada huraiannya secara agama dan sainstifik.. nak diolah secara mendalam aku pun tak berapa pandai sangat, tapi mungkin dapat aku simpulkan secara umum untuk tatapan pembaca blog aku.. hehehe..

Mungkin perkara sebegini bermula dengan cerita-cerita dulu kala.. atau mungkin cerita-cerita begini datang dari hiburan dalam kelas dan mereka yang hangat bercinta mencuba perkara sedemikian.. Tepuk-tepuk bantal dan berkata.. ' biarlah mimpiku sama seperti mimpinya..' wah.. penuh madah-madah yang indah T__T 

Dari segi perspektif agama adalah segala benda yang wujud dalam muka bumi dan mempunyai asal usulnya dikategorikan sebagai benda bernyawa.. Orang tua-tua dulu suka bercakap dengan kucing sewaktu memberikannya makan.. Bercakap dengan pokok sewaktu pokok tidak berbuah, dan alhamdulillah, selepas bercakap pokok berbuah, so disini pokok, dan haiwan dapat memahami apa yang manusia cakap dan inginkan.. mungkin hal ini sama dengan bantal tido kita.. ^__^ so perkara ini diperjelaskan dengan segala yang kita cakapkan atau pinta merupakan satu doa.. kita bercakap dan yakin dengan apa yang kita cakap merupakan satu doa tanpa kita sedari.. actually tak payah tepuk-tepuk bantal, tepuk apa saja pun jika kita meminta, yakin insyallah diangap sebagai satu doa.. Oleh yang demikian doa kita dimakbulkan dan kita dapat apa yang kita hajatkan.. sebenarnya itulah huraiannya..

Dan hal ini mempunyai penjelasan dari segi sainstifik  Ia merupakan mainan minda dan juga gelombang yang dihasilkan oleh minda kita sendiri.. mengeluarkan imej yang kita bayangkan dan pengimejan apa yang kita rasa,ingin dan bayangkan.. maksudnya disini setiap apa yang kita sebut dan bayangkan, otak akan akan menganalisis dan apabila analisis selesai gelombong otak akan dihantar dan ini di panggil Mental Comunnication..

Ini lah serba sedikit apa yang  aku dapat paham dalam isi ceramah tersebut.. hmm.. macam-macam sekarang.. aku ingat dah lupus dek ditelan zaman.. Rupanya masih ada lagi.. Tapi itu mungkin boleh dijadikan tips untuk untuk menyampaikan isi hati kita.. cuma sampai dengan tak sampai jer apa yang kita luahkan.. hehehe.. Sekian.. Chill out.. *__*

Nota - Gambar hiasan diatas diambil pada Outing Potretual di Taman Tasik Perdana..  Lama dah rasanya tak berouting.. sebuk dengan keja memanjang.. Teringat kat Abang Wanukay.. katanya jangan dibiarkan camera tu berhabuk.. hehehe.. baiklah abag Wan.. =)

2 comments:

Anonymous said...

ustazah salimah pun ada bagi tips tu kat nani.. hehe

hanz_sideme@blogsport.com said...

jadi tips begitu boleh dipercayai.. sebab ada huraian dari segi sains dan huraian dari pandangan islam.. =)